Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam di Selangor.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, keputusan itu dipersetuju oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini. "Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pemberian bonus kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan yang akan diberikan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini," katanya. Abdul Khalid berkata, sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini. "Saya berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya. "Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan pada masa depan," tegas menteri besar.
雪州公务员获一个月开斋花红 纳吉宣布发放五百元特别援金 配合今年开斋节,雪州务大臣阿都卡立宣布发放一个月花红于州内2万1776名公务员。
他说,上述花红最迟会在月杪发放,这笔开销一共3000万令吉。 “这笔花红将发放给固定、合约及兼职雇员…不过,如果中央政府宣布发放一个半月的花红给公务员,那么雪州政府将再增加(花红)给雪州公务员。”
|
ADVERTISEMENT