其他地方還不是水災。不過,國陣藍X們看到檳城水災,他們就高潮四起。 Mangsa Banjir Di Perak Meningkat
Tarikh kemaskini: 06/11/2017
IPOH, 6 Nov (Bernama) -- Mangsa banjir kilat akibat hujan tanpa henti di tiga daerah iaitu Perak Tengah, Hulu Perak dan Kuala Kangsar di Perak meningkat kepada 174 setakat 8.30 pagi ini berbanding 153 orang pada 9.30 malam tadi.
Menurut info Portal Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat di Perak Tengah, seramai 108 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga, manakala di Hulu Perak seramai 55 mangsa mendapat perlindungan di Dewan Orang Ramai Kampung Sumpitan, Lenggong.
Seramai 11 mangsa lagi ialah di Kuala Kangsar ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Setor.