1. Pancaran cahaya ultralembayung boleh menyebabkan kanser kulit. Kira tenaga cahaya ultralembayung jika ia mempunyai panjang gelombang 170 nm. Tentukan frekuensi cahaya ultralembayung.
2. Kirakan perubahan tenaga apabila elektron bergerak dari aras tenaga ke-5 ke aras tenaga ke-7.
3. Sebanyak 1.67 x 10-18 J tenaga bagi sesuatu foton yang diperlukan bagi elektron dalam atom hidrogen mengalami peralihan dari n = 6 ke n= 2. Tentukan panjang gelombang foton tersebut.
4. Halaju suatu neutron adalah 5.95 x 103 ms-1. Kirakan ketakpastian kedudukan neutron tersebut sekiranya jisim neutron adalah 1.67 x 10-27 kg.
5. Huraikan proses pengisian elektron ke dalam orbital.
6. Selesaikan keadaan-keadaan berikut:
a) Bilangan elektron maksimum jika n = 5
b) Semua nilai ml untuk subpetala l = 2
c) Tuliskan keempat-empat set nombor kuantum bagi suatu elektron dalam orbital 4p