|
有50多人喔!!亲国阵部落客说是Dap支持者来的喔,说他们反对林冠英的人选.... 拿拐杖的都要抗议看不顺眼喔!!
TERKINI ! Penyokong DAP Pulau Tikus ugut boikot calon pilihan Guan Eng ! #PRU13 #PG13:
– Kira-kira 50 penyokong DAP mengadakan bantahan terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mereka sifatkan bertindak kejam terhadap wakil rakyat kawasan itu, Koay Teng Hai.
Ia berikutan keputusan Guan Eng yang tidak mencalonkan semula Teng Hai bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tikus pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Wakil kumpulan itu, Catherine Kong, 70, berkata, pengundi di kawasan itu kecewa apabila dimaklumkan sendiri oleh Teng Hai tentang keputusan Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
“Kami boleh terima kalau Teng Hai digantung daripada parti tetapi tidak mencalonkannya semula adalah tidak patut.
“Keputusan ini menunjukkan Guan Eng tidak layak dihormati,” katanya selepas bantahan di Pasar Pulau Tikus di sini semalam.
Katanya, sebagai tanda protes, dia akan berkempen supaya penduduk Pulau Tikus tidak menyokong calon selain Teng Hai.
“Kenapa Teng Hai dilayan sebegini. Inikah balasan DAP kepada calon harapan rakyat,” tegasnya.
Khoo Jin Liat, 80, pula berkata, dia menganggap keputusan Guan Eng itu sebagai bodoh.
Disebabkan rasa kecewa, katanya, dia akan meminta keluarganya tidak mengundi DAP pada PRU-
http://networkedblogs.com/KoEWW
|
|