"Kasih Sayang, walaupun perbuatan biasa, tetap menyentuh hati".
Selepas satu kemalangan, satu gadis hampir menjadi buta. Keadaan fizikal yang kekurangan memang menakutkan, tetapi keadaan emosi yang lemah lagi menyeramkan. Kini, bukan hanya fizikal bahkan emosinya jua berada dalam keadaan hampir buta.
Ibu memahami bahawa dengan hanya megasihani tidak dapat membantu anaknya untuk mengharungi masa depan. Oleh itu Ibu memaksa anaknya untuk berjalan ke tempat kerja, mendapatkan sesuatu pekerjaan yang tetap. Diharapkan anak dapat yakin pada diri sendiri.
Anak tak faham kenapa Ibu berbuat begitu dan mula menyangkal kasih Ibu sebelum ini. Permintaan Ibu yang tegas, mungkin kerana kekurangannya dan merasakan Ibu kejam padanya.
Alangkah marahnya, apabila disuruh mengambil cuti untuk menjaga Ibu pada Hari Ibu. Dia orang yang lebih perlukan jagaan, kenapa Ibu berbuat sebaliknya? Segala-gala ini telah mengaburi hatinya dan membutakan minda dan perasaannya. Akhirnya, dari serpihan kasih sayang Ibu yang ada dikeliling, dia mula sedar dan memahami.
Kasih Sayang Ibu, mugkin tidak dapat dilihat di mata, tetapi ia sentiasa berada di hati.
Starring : Joyce Kok (Gadis), Lim Ham Choo (Ibu), Lim Ming How (Teman lelaki), Tharuman Arjunan (Boss).
Director : Alex Tee Kuan Yon
Written by : Sean Tye Jyh Siang
Background music : Jason Ang
Auditorium & Cutting : Wong Seow Li
Sound & Light : Li Dong Mei