佳礼资讯网

 找回密码
 注册

ADVERTISEMENT

楼主: 天辩

彭亨州县/区州国议员表现。重振雄风!!!

  [复制链接]
发表于 1-2-2012 10:16 PM | 显示全部楼层
[size=130%]Azan Gagal Yakini Rakyat Dalam Perjuangannya

Azan kini khabarnya tidak lagi berpeluang untuk bertanding dalam mana-mana kerusi di negeri Terengganu walaupun beliau adalah Pengerusi Negeri. Ini kerana, pimpinan PAS Terengganu merasakan PKR tidak cukup bersedia dari segi tenaga dan jentera untuk berhadapan dengan Pilihanraya Umum Ke-13 ini sebenarnya. Malahan, di Terengganu sendiri sememangnya rakyat lebih selesa berada bersama Parti Islam SeMalaysia (PAS) sama seperti di Kelantan. Masalah Azan dengan kepimpinan PAS Terengganu kini sudah sampai ke kemuncaknya, hingga beliau kemungkinan besar tidak punyai kerusi untuk bertanding di sana. Terdapat ura-ura Azan mahu melobi kerusi DUN Bandar yang terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu. Tambahan pula Azan memang dipercayai berasal dari kawasan itu. Namun, segalanya kini terletak ditangan rakyat di kawasan terbabit. Malah, difahamkan kini Azan sudah tiada "kuasa" lagi untuk menentukan calon PKR di Trengganu. Kuasa sepenuhnya kinis udah diambil alih oleh pusat melalui Fuziah Salleh (Naib Presiden) dan Rafizi Ramli (Pengarah Strategik). Maknanya, Azan kini bukan sahaja terbuang malah imej dan popularitinya kian merudum. Beliau hanya dilihat hebat ketika berhujjah di Parlimen dalam isu-isu berkaitan kewangan namun di kawasan sendiri beliau gagal melakukan yang terbaik untuk rakyat. Paling malang, Azan gagal menjuarai "isu Lynas" yang dibantah oleh sebahagian besar rakyat di Parlimen Indera Mahkota sendiri. Hanya Fuziah Salleh sahaja yang dilihat terkehadapan dalam isu terbabit. Inilah yang menyebabkan rakyat Indera Mahkota kini tidak yakin lagi dengan perjuangan beliau sekarang ini.

[Persoalannya sekarang, jika senario begini maka ke manakah lagi hala tuju Azan Ismail selepas ini?. Beliau sudah tidak diterima lagi oleh penyokongnya di Indera Mahkota, malah ramai orang-orang kanannya di Indera Mahkota sendiri telah meninggalkan beliau termasuk menyertai UMNO Bahagian itu. Ini bermakna, Azan tidak mungkin boleh kembali ke Indera Mahkota. Masalah juga timbul bila mana PKR Pusat melalui Timbalan Presiden, Azmin Ali kini seolah-olah memberi "greenlight" kepada bekas Pengerusi PKR Pahang sebelum Dato' Fauzi iaitu Zakaria Abd Hamid untuk mengambil alih tempat Azan di Indera Mahkota. Malah, tugas beliau sebagai "care taker" di parlimen itu dilihat cukup berkesan mutakhir ini. Berbagai-bagai aktiviti dan program telah dianjurkan dengan kerjasama PAS dan DAP di kawasan terbabit. Makanya, peluang Azan untuk bertanding semula di Indera Mahkota mungkin tidak akan menjadi kenyataan. Maka, langkah terbaik ialah beliau berundur dari politik dan menumpukkan kerja-kerja kemasyarakatan seperti yang diidam-idamkan. Kami akan mendapatkan maklumat lanjut isu ini dalam masa terdekat. Malah, kami juga akan mendedahkan tentang beberapa pertemuan sulit antara YB Azan Ismail dengan pemimpin UMNO BN. Apakah Azan akan bersama rakan-rakannya dalam Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) untuk berjuang bersama UMNO, nantikan pendedahan panas ini].
回复

使用道具 举报


ADVERTISEMENT

发表于 1-2-2012 10:16 PM | 显示全部楼层
Panas: Politik Azan Ismail 'Semakin Pudar', Tiada Tempat Di Terengganu Dan Pahang Pada PRU Ini
Susulan pendedahan kami tentang kontroversi Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Azan Ismail maka ternyata, ramai pihak yang "perasan dengan kehilangan" Wakil Rakyat itu selepas beliau dilantik menjadi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Terengganu. Menurut sumber, nasib Azan kini "umpama telur dihujung tanduk". Karier politik Azan semakin pudar jika dia tidak memperbetulkan kesilapan yang dilakukannya. Azan kini buat tabiat yang sama ketika dia memimpin Cabang Indera Mahkota dulu. Sikapnya yang tidak mahu mendengar pandangan orang lain serta "keras kepala" menyebabkan sebahagian besar kepimpinan PKR Terengganu kini menolak beliau. Malah, sejak kehadiran Azan ke Terengganu, kini Pakatan Rakyat di negeri terbabit menjadi kecoh dan panas. Ia berikutan tindakan Azan dan kuncu-kuncunya yang mahu meminta kerusi lebih di DUN Terengganu pada Pilihanraya Umum akan datang. Kemasukan Azan ke Terengganu dengan janji-janji manis akan bertanding di Parlimen Kuala Terengganu kini seolah-olah tidak akan menjadi kenyataan. Beliau kini terperangkap oleh kealpaan sendiri. Azan tidak sepatutnya meninggalkan Indera Mahkota dan membiarkan pengundinya terkapar-kapar seperti sekarang ini. Malah, difahamkan Azan kini sudah tidak mendapat sokongan lagi dari sebahagian besar cabang-cabang PKR di Terengganu melainkan cabang Marang sahaja. Beliau juga dipercayai tidak "sebulu" dengan Rafizi Ramli selaku Ketua Cabang Kemaman yang menyebabkan pemimpin muda terbabit yang juga Pengarah Strategik PKR kini semakin meminggirkan Azan di Terengganu sebenarnya. Tindakan Azan yang mengertak PAS untuk bertanding tiga penjuru jika agihan kerusi yang diminta tidak dipenuhi juga adalah satu tindakan biadap yang sukar dimaafkan oleh PAS Terengganu.
回复

使用道具 举报

发表于 1-2-2012 10:17 PM | 显示全部楼层
Panas: Ramai Kecewa, Pemimpin UMNO Tawar Lot Tanah Untuk Pancing Undi Kaum Cina PRU-13 Ini
KUANTAN, [size=85%]1 Feb - Orang ramai di sekitar kawasan Jaya Gading dekat sini terkejut dengan tindakan seorang pemimpin UMNO Bahagian Paya Besar yang menggunakan kuasanya untuk mengarahkan Pejabat Tanah Dan Daerah Kuantan memproses serta meluluskan serta merta permohonan tanah yang dibuat oleh penduduk berbangsa Cina di kawasan itu. Laporan yang kami terima, tanah yang didakwa itu terletak di sebelah belakang Balai Polis Jaya Gading yang masih belum beroperasi sehingga ke hari ini. Difahamkan, pemimpin terbabit yang dulunya merupakan bekas ADUN kini sedang mengintai untuk bertanding kembali di kawasannya itu pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini. Susulan daripada itu, beliau kini sedang melobi dan cuba menagih undi masyarakat kaum Cina agar menyokongnya. Ini berikutan, senario terkini melihat hampir 90% kaum Cina di Kuantan akan menolak BN gara-gara gagal membantu mereka dalam isu pembinaan kilang memproses rare-earth milik Lynas Corporation di Gebeng. Akibat daripada itulah, pemimpin UMNO terbabit sanggup "merasuah" pengundi dengan menawarkan lot-lot tanah kepada mereka. Tindakan ini mendapat bantahan daripada ramai orang Melayu yang sudah berpuluh tahun memohon tanah selama ini. Nasib mereka diabaikan, sebaliknya dek kerana undi pemimpin terbabit sanggup berbuat demikian. Ini adalah tidak adil untuk rakyat. Malah, ramai dikalangan mereka termasuk ahli UMNO sendiri berjanji akan mengajar pemimpin terbabit andainya beliau menjadi calon BN pada PRU-13 ini nanti. Apapun, semua ini adalah bukti UMNO tidak serius untuk membela orang Melayu sebaliknya lebih rela bela kaum lain demi undi.

[Kami akan menghantar beberapa orang krew untuk memantau isu ini. Jika benar dakwaan yang dinyatakan maka kami tidak teragak-agak untuk mendedahkan gambar pemimpin terbabit. Kasihan benar kepada orang-orang Melayu terutamanya dari UMNO yang sudah berpuluh tahun memohon tanah di kawasan terbabit tapi hingga ke hari ini masih belum diberi layanan setimpal oleh pemimpin UMNO setempat. Kini mereka lebih berselera untuk menjaga kaum lain demi mendapatkan undi pada pilihanraya umum akan datang. Tindakan ini adalah tidak wajar dan jika benar UMNO membela nasib orang Melayu, kenapa mereka tidak dibela?. Demi undi mereka tergamak mengadaikan maruah bangsa sendiri. Apakah ini perjuangan UMNO yang mahu diagung-agungkan itu agaknya. Kami akan membongkarkan isu ini demi keadilan kepada orang-orang Melayu yang amat memerlukan tanah itu. Lakukan perubahan pada PRU-13 nanti].
回复

使用道具 举报

发表于 1-2-2012 10:26 PM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 1-2-2012 10:27 PM 编辑
文德甲街上和小学看到赖志明和蔡文祥的banner,看来他们两条水对垒走不了咯~
北风沙 发表于 1-2-2012 02:25 AM



    我们点好三支香准备送上去拜祭那些卖华狗吧.
回复

使用道具 举报

发表于 1-2-2012 10:31 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 1-2-2012 10:40 PM | 显示全部楼层
Lynas gets temporary licence to start Kuantan plant
UPDATED @ 07:58:01 PM 01-02-2012
By Shannon Teoh
February 01, 2012

KUALA LUMPUR, Feb 1 – Australian miner Lynas Corp has been granted a temporary operating licence (TOL) for its controversial RM2.5 billion rare earth plant in Kuantan despite nearly a year of sustained public protests.


The Atomic Energy Licensing Board (AELB) said it decided in its January 30 meeting to approve the Australian miner’s application despite receiving 1,123 comments on Lynas’ documents during the public feedback period which ended on January 26.
“Based on the decision of the board meeting, the application for a (TOL) has been approved with several conditions where if any of them are broken, the licence can be suspended or withdrawn and further applications will not be considered,” said AELB executive secretaryl Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan (picture) in a statement today.
The decision by the AELB will finally allow Lynas to fire up its refinery that has raised fears of radiation pollution among local residents and environmentalists.
AELB has said it will monitor the plant over the next two years within which time Lynas must show that it meets the safe levels of radiation the company has claimed before it is granted a full licence to ramp up operations.
The company listed on the Australian stock exchange expects an RM8 billion annual windfall once it is operating at full capacity, expected to be in 2013.
Raja Aziz, who is also AELB director general, said today “the residue that is produced is the responsibility of the company and if necessary, will be returned to its source” in Mount Weld, Australia.
The conditions that Lynas must meet include detailing all aspects of a permanent disposal facility (PDF) whether or not the mining firm is able to reprocess low level radioactive waste into safe commercial products.
The AELB also insisted that plans and a location for the PDF must be tabled within 10 months and Lynas must deposit a US$50 million (RM152 million) guarantee with the government.
The regulators also said it had the right to appoint consultants to evaluate Lynas’ compliance at the cost of the company.
The Australian miner said last week it expects the start of operations to be delayed to the second quarter from the first quarter of this year.
The plant was initially due to start operations in September last year but Putrajaya bowed to public pressure last April after loud public protests and put the project on ice pending the review by the International Atomic Energy Agency (IAEA).
In July 2011, the government agency adopted 11 recommendations set out by the review of the refinery and said it would not allow Lynas to begin operations or import rare earth ore until all conditions, which include a comprehensive, long-term and detailed plan for managing radioactive waste, are met.
However, AELB had said Lynas Corp failed to meet any of the conditions in its first proposals.
The New York Times also reported today that a key contractor had pulled out of the project in the third quarter of last year citing safety issues.
Dutch multinational AkzoNobel refused to supply crucial resins needed for concrete-walled tanks where hundreds of tons of rare earths with low levels of radiation will be mixed with extremely corrosive acids at more than 93 degrees Celcius.
Lynas’s local subsidiary has insisted that it can begin operations within six weeks of being given the go-ahead for the plant, which will produce rare earth that is crucial to high technology products such as wind turbines, hybrid cars and smartphones.
回复

使用道具 举报

Follow Us
发表于 1-2-2012 10:52 PM | 显示全部楼层
Key contractor pulled out of Lynas plant due to safety concerns, says NYT
By Shannon Teoh
February 01, 2012

File photo of a banner put up by Kuantan folk protesting against the building of the Lynas rare earths plant in Gebeng.

KUALA LUMPUR, Feb 1 – A Dutch chemical firm refused to supply crucial resins for Lynas Corp’s controversial RM2.5 billion rare earth plant in Kuantan due to safety concerns, according to the New York Times.

The influential newspaper cited engineers working for the Australian miner at the Gebeng industrial zone site and internal company e-mails as saying that AkzoNobel withdrew after it was told that the fibreglass liners using its resin would be installed in concrete-walled tanks that have a problem with rising dampness in the floors and cracks in the walls.
“AkzoNobel had been in discussions about the problem of rising dampness, but only became aware of the cracks this autumn,” the daily reported.
The resins were to be used to glue together dozens of fibreglass liners for concrete-walled tanks the size of double-decker buses where hundreds of tons of rare earths with low levels of radiation will be mixed with extremely corrosive acids at more than 93 degrees Celcius.
The company had said early last year it would supply chemicals for the Lynas project, which has raised fears of radiation pollution among local residents and environmentalists, only if it were certain that it would be safe.
In a report last June, the NYT had said that there were critical flaws in the design of the refinery, including the installation of the watertight fibreglass liners.
It said that memos showed Lynas pressed a Malaysian contractor, Cradotex, to proceed with the installation of watertight fibreglass liners designed for the containment tanks without fixing the moisture problem and with limited fixes to the walls.
“These issues have the potential to cause the plant’s critical failure in operation,” Peter Wan, the general manager of Cradotex, said in a June 20 memo obtained by the newspaper.
“More critically, the toxic, corrosive and radioactive nature of the materials being leached in these tanks, should they leak, will most definitely create a contamination issue.”
The NYT also reported today that AkzoNobel confirmed it was no longer supplying the project “due to changes in the project specification, AkzoNobel would only recommend the use of its linings on the project subject to the successful results of longer-term testing.
“That testing cannot be completed within the current project time scale,” the multinational said in an email.
But Lynas executive chairman Nicholas Curtis denied that AkzoNobel had pulled out due to safety reasons and added Lynas had found a new supplier for the resins, according to the newspaper.
The Australian miner said last week it expects the start of operations to be delayed to the second quarter from the first quarter of this year.
The plant was due to start operations in September last year but Putrajaya bowed to public pressure last April after sustained opposition from local residents and environmentalists and put the project on ice pending the review by the International Atomic Energy Agency (IAEA).
In July 2011, the government agency adopted 11 recommendations set out by the review of the refinery and said it would not allow Lynas to begin operations or import rare earth ore until all conditions, which include a comprehensive, long-term and detailed plan for managing radioactive waste, are met.
However, AELB has said Lynas Corp failed to meet any of the conditions in its first proposals.
Lynas’s local subsidiary has insisted that it can begin operations within six weeks of being given the go-ahead for the plant, which it hopes will provide a windfall of RM8 billion annually from 2013.
回复

使用道具 举报

发表于 2-2-2012 01:09 AM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报


ADVERTISEMENT

发表于 2-2-2012 10:40 PM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 2-2-2012 10:51 PM 编辑

Biar Pun Dapat Bantahan Rakyat, Kerajaan Tetap Berikan Lynas Lesen TOL Untuk Mulakan Operasi
KUALA LUMPUR, [size=85%]2 Feb - Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) telah meluluskan Lesen Kendalian Sementara (TOL) untuk projek kontroversi Syarikat Lynas Advanced di Gebeng, Kuantan. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh setiausaha eksekutif lembaga itu, AELB pada mesyuarat 30 Jan telah meneliti dokumen-dokumen yang dikemukakan kepada AELB dan memutuskan untuk meluluskan permohonan lesen TOL. Lesen berkenaan akan membolehkan Lynas untuk memulakan operasi memproses nadir bumi di lojinya yang sudah hampir siap. Sepanjang dua tahun lesen TOL itu, Lynas dikatakan akan berada di bawah pengawasan yang ketat daripada pihak berkuasa dan dengan batasan tertentu mengenai kapasiti pengeluaran. Walau bagaimanapun, kelulusan itu diberikan berdasarkan lima syarat lain yang mesti dipatuhi oleh Lynas. Lima syarat itu ialah, Lynas perlu kemukakan semua aspek berkenaan Permanent Disposal Facility (PDF); Pelan dan lokasi PDF perlu dikemukakan tanpa mengambil kira hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) pengkomersilan, pengkitaran dan penggunaan semula bahan residu; Pelan dan lokasi PDF perlu dikemuka dan diluluskan dalam tempoh masa lesen dan tidak melebihi 10 bulan daripada tarikh pengeluaran lesen TOL; Lynas perlu mematuhi syarat jaminan kewangan dan membayar Kerajaan Malaysia sebanyak USD50 juta secara ansuran; Lembaga berhak melantik perunding bebas untuk menilai kepatuhan Lynas terhadap standard dan peraturan yang ditetapkan dan kosnya ditanggung oleh pemegang lesen.

[Ramai yang terkejut dengan keputusan kerajaan untuk memberikan lesen TOL kepada Lynas ini sebenarnya. Ini kerana kelulusan itu dibuat dengan tidak mengambilkira bantahan rakyat yang selama ini berjuang untuk masa depan mereka. Apa saja keputusan kerajaan, kini sememangnya ia amat diragui oleh majoriti rakyat. Hanya sebahagian kecil sahaja penyokong kerajaan yang beriya-iya mahu kilang itu wujud di negara ini, sedangkan majoritinya tidak mahu berhadapan dengan risiko radioaktif yang akan terhasil akibat sisa buangan bahan rare earth terbabit. Kini, rakyat terpaksa menerima takdir dan kenyataan bahawa apa jua yang dilakukan oleh mereka namun kerajaan akan tetap bertegas mahu kilang itu wujud di negara ini. Jalan terbaik ialah melakukan perubahan pada pilihanraya umum akan datang. Hanya itu sahaja cara untuk membolehkan nasib mereka didengari dan terbela sebenarnya. Fikirkanlah untuk masa depan].
回复

使用道具 举报

发表于 2-2-2012 10:41 PM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 2-2-2012 10:52 PM 编辑

Panas: Kontraktor Keselamatan 'Tarik Diri', Tidak Wajar Kerajaan Lulus 'Lesen TOL' Kepada Lynas !

KUANTAN,[size=85%]
[size=85%]2 Feb - Orang ramai, terutamanya mereka yang membantah pembinaan kilang memproses rare-eart milik Lynas Corporation di sini kecewa dengan tindakan kerajaan memberikan lesen TOL kepada syarikat terbabit untuk beroperasi. Biar pun lesen itu berbentuk sementara dan Lynas perlu mematuhi beberapa syarat ketat yang ditetapkan, namun rakyat tidak nampak Lynas syarikat terbabit akan diarahkan menghentikan operasi mereka andainya gagal mematuhi syarat tersebut kelak. Ini kerana, pemantauan hanya akan dilakukan oleh kerajaan dan rakyat sebenarnya tidak akan tahu langsung apakah yang dipantau oleh pihak terbabit nanti. Rakyat akhirnya akan tertipu dan terpaksa menanggung akibatnya kelak. Inilah yang berlaku kepada sebuah lagi syarikat Australian yang diberikan lesen melombong emas oleh Kerajaan Negeri Pahang di Bukit Koman Raub dulu. Syarikat terbabit, Australian Raub Gold Mining Sdn Bhd dikatakan beroperasi dengan pemantauan yang cukup rapi. Namun, rakyat di kawasan sekitarnya terpaksa menghadapi berbagai penyakit dan menderita akibat kegagalan syarikat itu mematuhi syarat yang ditetapkan. Malah ada diantara mereka mengalami kecacatan gara-gara penggunaan racun Cyanide pada operasi kilang terbabit. Kini, apakah perkara yang sama akan berlaku pula kepada penduduk Kuantan setelah kilang Lynas dibenarkan beroperasi?. Kerajaan akan menikmati hasilnya, tetapi rakyat tetap akan menanggung risikonya kelak. Apa yang lebih mengejutkan ialah Kelulusan untuk Lynas beroperasi diberikan di sebalik berita bahawa kilang RM2.5 bilion itu dilaporkan akan masalah keselamatan dan kebimbangan kesihatan yang baru. Ini berikutan pengunduran kontraktor utamanya dari Belanda iaitu firma AkzoNobel dari projek tersebut. Menurut akhbar
New York Times (NYT) semalam, syarikat itu menarik diri dari projek berkenaan dan ini telah disahkan oleh CEO Lynas Corporation iaitu Nicholas Curtis. AkzoNobel membekalkan resin penting yang berfungsi sebagai pelekat untuk puluhan liners fiberglass bagi tangki berdinding konkrit yang boleh menahan haba dan kakisan. Soalnya, kenapakah lesen diberikan ketika isu keselamatan dipertikaikan?.

[Pusat memproses bahan nadir bumi di Pahang itu akan menjadi antara pusat di luar China. Logam berkenaan akan digunakan dalam peralatan berteknologi tinggi bermula dari peluru berpandu untuk telefon bimbit. Lynas telah memberi jaminan bahawa pusat di Pahang yang akan memproses bahan nadir bumi yang diimport dari Australia adalah selamat, tetapi pengkritik tetap tidak berpuas hati dan berkata sisa radioaktif boleh terlepas dan mengancam keselamatan rakyat serta alam sekitar. Kerja memproses yang pada asalnya ditetapkan untuk bermula pada suku ketiga tahun 2011. Bagaimapun akibat bantahan daripada rakyat pelbagai latar pada Oktober tahun lalu di Kuantan, kira-kira 18 kilometer dari tapak kilang, tergendala seketika. Ratusan tan nadir bumi dengan tahap pencemaran radioaktif yang rendah akan dicampurkan dalam tangki dengan asid yang amat menghakis pada suhu lebih daripada 90 darjah Celsius. Hakisan pada suhu yang tinggi dikatakan ideal bagi asid membubarkan bijih galian. Walau bagaimanapun, kaedah ini dilaporkan tidak stabil. Soalnya, apakah rakyat Kuantan akan terus berdiam diri dengan senario terbaru ini. Isu keselamatan dan kesihatan tetap diragui!].

回复

使用道具 举报

发表于 2-2-2012 10:42 PM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 2-2-2012 10:47 PM 编辑

Panas: NGO Bantah Lynas Bakal Cabar Keputusan AELB Meluluskan Lesen TOL Kepada Syarikat Itu !KUANTAN, [size=85%]2 Feb - Gabungan Hentikan Lynas (SLC) akan memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) semalam yang telah meluluskan lesen kendalian sementara (TOL) untuk projek kontroversi Syarikat Lynas Advanced di Gebeng, Kuantan. Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh [size=85%](foto) berkata SLC akan mengarahkan peguamnya untuk memfailkan saman sivil untuk semakan kehakiman itu. "Saya benar-benar terkejut dengan keputusan AELB walaupun Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, semalam dilaporkan berkata keputusan akan dibuat beberapa hari lagi."Saya telah menjangkakannya, terutama selepas membaca kenyataan (ketua pengarah AELB) Raja Aziz Raja Adnan, akhir-akhir ini," katanya ketika diajukan reaksinya mengenai pemberian lesen itu. Mengenai artikel di akhbar New York Times dua hari lalu yang menyebut terdapat kebimbangan keselamatan dan kesihatan berikutan tindakan kontraktor utama dari Belanda yang menarik diri dari projek itu, Fuziah berkata AELB telah menyenaraikan keperluan yang perlu dipatuhi oleh Lynas. Dari situ sahaja, kata beliau, telah menunjukkan bahawa AELB menganugerahkan lesen dalam situasi di mana pihak kawal selia sendiri tidak mempunyai cadangan yang jelas dari Lynas. "Pada asasnya, dengan mengeluarkan lesen itu, ini bermakna AELB sedia mengabaikan isu-isu keselamatan dan mempertaruhkan keselamatan rakyat sekitar Kuantan," katanya. AELB lewat petang semalam mengumumkan mereka telah memberi lesen kendalian sementara (TOL) untuk Lynas mengendalikan loji memproses nadir bumi.

[Nampaknya, mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan kelulusan tergesa-gesa oleh AELB ini sebenarnya. Tambahan pula ia dibuat ketika seluruh dunia mempertikaikan tentang soal keselamatan dan kesihatan kilang terbabit apabila kontraktor utama yang berkaitan tiba-tiba menarik diri. Bukankah ini membuktikan kepada kita memang ada sesuatu yang tidak kena dala kontroversi ini. Soalnya, kenapa dalam masa yang pantas AELB meluluskan lesen TOL kepada Lynas. Kenapa Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Pahang berdiam diri dan tidak mengarahkan satu siasatan yang rapi diadakan terlebih dahulu sebelum kelulusan diberikan. Ternyata ada "misteri" yang meragukan rakyat dalam hal ini. Makanya, tindakan Fuziah dah NGO terbabit untuk mencabar keputusan AELB ini ada kewajarannya. Justeru, kerajaan perlu fikirkan rakyat dalam merancang sesuatu dan bukannya secara tergesa-gesa begini. Rakyat Kuantan sudah pasti akan bertambah marah dan kecewa dengan senario yang berlaku ini].
回复

使用道具 举报

发表于 2-2-2012 10:43 PM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 2-2-2012 10:46 PM 编辑

Tolong, Janganlah Jadikan Rakyat Tikus Makmal

Beliau turut menegaskan sekiranya dakwaan berita NYT berkenaan syarikat AkzoNobel membatalkan perjanjian menjadi pembekal resin kepada LAMP atas sebab spesifikasi yang tidak menurut syarat dibuktikan benar, dan keretakan yang telah dilaporkan kemudian nanti mengakibatkan kebocoran di kolam RSF dalam masa 10 bulan kehadapan, maka AELB dan Kerajaan Barisan Nasional lah yang akan bertanggungjawab di atas malapetaka yang bakal timbul kelak. "Satu Kerajaan yang bertanggungjawab dan benar-benar meletakkan keselamatan rakyat sebagai utama, tentu sahaja boleh memberi amaran kepada Lynas bahawa lesen tidak boleh dikeluarkan kecuali setelah syarat-syarat pengurusan sisa radioaktif di sediakan dalam bentuk PDF. Juga satu Kerajaan yang bertanggungjawab, akan menyiasat secara rapi apakah asas disebalik aduan yang dilaporkan oleh NYT ini dengan membuat kajian teliti keatas kualiti dan spesifikasi pembinaan kilang LAMP dan bukan setakat mensyaratkan keatas prosedur semata", kata Fuziah. Warga Kuantan berhak untuk dilindungi daripada malapetaka pencemaran yang bakal berlaku. AELB serta pihak Kerajaan Pahang mampu melakukan yang terbaik sekiranya mereka mempunyai kesungguhan politik untuk berbuat demikian katanya.


[size=85%]Salah seorang pejuang Lynas mengangkat poster "kami bukan tikus makmal"
semasa perhimpunan aman di perkarangan masjid Balok tahun 2011 lalu


[Benar ada yang mendakwa AELB telah membuat kajian tentang projek Lynas ini sejak lima tahun yang lalu. Tetapi mereka harus sedar bahawa kontraktor utamanya sendiri telah menarik diri dari terus bersama kilang terbabit. Malah difahamjan kilang yang berharga RM2.5 bilion itu dilaporkan akan masalah keselamatan dan kebimbangan kesihatan yang baru. Susulan itu kontraktor utamanya dari Belanda iaitu firma AkzoNobel nenarik diri dari projek tersebut. Menurut akhbar New York Times (NYT) semalam, syarikat itu menarik diri dari projek berkenaan dan ini telah disahkan oleh CEO Lynas Corporation iaitu Nicholas Curtis. Dengan perkembangan terbaru ini, sepatutnya AELB menyiasat dulu laporan berkenaan dan bukan tergeza-gesa meluluskan lesen TOL kepada Lynas. Bayangkan, jika sebuah kontraktor yang hebat seperti AkzoNobel boleh menarik diri kerana gusar dengan tahap keselamatan dan kesihatan kilang terbabit, apakah wajar kerajaan membenarkan AELB memperjudikan nasib rakyat untuk meneruskan operasi kilang terbabit. Maka, rakyat perlu bangkit untuk mengajar kerajaan yang gagal membela mereka ini pada PRU13 ini. Lakukan perubahan demi masa depan generasi akan datang].

回复

使用道具 举报

发表于 2-2-2012 10:43 PM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 2-2-2012 10:46 PM 编辑

Panas: Fuziah Salleh Pertikaikan Syarat AELB Beri Lesen Yang Sepatutnya Di Tolak Itu Kepada Lynas
KUANTAN, [size=85%]2 Feb - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh [size=85%](foto) hari ini mempertikaikan tindakan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) yang meluluskan Lesen Kendalian Sementara (TOL) kepada Lynas Corporation untuk menjalankan operasi kilang memproses rare earth mereka di kawasan perindustrian Gebeng dekat sini. Malah, beliau turut mempertikaikan segala syarat yang dikemukakan oleh AELB terhadap Lynas. "Segala syarat yang di kenakan oleh AELB ke atas Lynas menjurus kepada orang ramai membuat jangkaan bahawa AELB akan menolak permohonan lesen oleh Lynas sehingga syarat-syarat tersebut dipatuhi. Akan tetapi sebaliknya, AELB telah membuat satu keputusan yang tidak munasabah dan tidak masuk akal sama-sekali", kata Fuziah. Misalnya, syarat meminta Lynas bertanggungjawab keatas sisa buangan radioaktif dari LAMP termasuk menghantar sisa tersebut ke tempat asal ianya di lombong tidak munasabah samasekali memandangkan Menteri Perlombongan Australia Barat, Mr Norman Moores telah pun membuat kenyataan bahawa Australia tidak akan menerima sisa tersebut. Norman Moore juga telah menegaskan bahawa sisa tersebut ialah kini milik Malaysia. "Basel Convention' satu garis panduan PBB, yang menggariskan syarat di mana bahan radioaktif mesti di pulangkan ke negara asal juga tidak boleh dikuatkuasakan didalam hal ini kerana syarat Basel Convention ini hanya untuk bahan radioaktif dan tidak meliputi bahan SISA radioaktif", ujarnya. Malah, menurut Fuziah lagi beliau turtu keliru denagn syarat yang mengatakan bahawa Lynas diberi tempoh 10 bulan untuk menyediakan Pelan Pengurusan Sisa Buangan dalam bentuk PDF (Permanent Disposal Facility) tanpa mengambil kira apa pun R&D yang telah dilakukan oleh pihak Lynas untuk pengkormersialan sisa radioaktif tersebut tentu sekali boleh di tangguh sehingga Lynas menunjukkan kesungguhan menguruskan sisa toxic dan radioaktif mereka secara bertanggung jawab. Keputusan ini katanya tidak lain dan tidak bukan membuktikan bahawa AELB bersekongkol dengan Lynas untuk menjadikan warga Kuantan sebagai bahan ujikaji dan seperti 'tikus makmal didalam tempoh 10 bulan kehadapan ini'.
回复

使用道具 举报

发表于 2-2-2012 10:53 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 5-2-2012 04:56 AM | 显示全部楼层
有报道说衛生部將在2012年底提出“一個大馬健保計劃”(1Care for 1Malaysia),向人民征收每月薪金收入的10%健保税。。。要是真的实行的话,也就是说你全家一个月的薪水收入是RM 3,000,就必须向政府缴税RM 300,一年就得要缴税RM 3,600。。。国阵给你RM 500的补助金,就要你吐回RM3,100。。。这税务你是跑不掉的,因为政府已经掌握了你申请RM 500 的补助金的时候所填写的资料。。。这就是阿Jib哥打的算盘“u help me, I help u”
回复

使用道具 举报

发表于 19-2-2012 02:07 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报


ADVERTISEMENT

发表于 19-2-2012 02:11 PM | 显示全部楼层


所谓的卖华党员所提出的建设性提问.
回复

使用道具 举报

发表于 19-2-2012 02:12 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 19-2-2012 02:18 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 19-2-2012 03:08 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

您需要登录后才可以回帖 登录 | 注册

本版积分规则

 

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT


版权所有 © 1996-2023 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|IPSERVERONE 提供云主机|广告刊登|关于我们|私隐权|免控|投诉|联络|脸书|佳礼资讯网

GMT+8, 15-5-2024 04:35 AM , Processed in 0.067658 second(s), 21 queries , Gzip On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

快速回复 返回顶部 返回列表