佳礼资讯网

 找回密码
 注册

ADVERTISEMENT

楼主: 天辩

彭亨州县/区州国议员表现。重振雄风!!!

  [复制链接]
发表于 21-1-2012 09:51 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报


ADVERTISEMENT

发表于 23-1-2012 04:10 PM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 23-1-2012 04:30 PM 编辑

Panas: Aktiviti Curi Balak Di Kawasan MB Pahang, PAS Gesa Adnan Yaakob Jelaskan Kepada Rakyat !


KUANTAN, [size=85%]22 Jan - Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Pahang menggesa Kerajaan Negeri pimpinan Dato' Sri Adnan Yaakob[size=85%] (foto) menjelaskan kepada rakyat bagaimana boleh berlaku pengeluaran balak di kawasan Hutan Simpan Kekal Kemasul di dalam Daerah Bentong. Berdasarkan lawatan kerja PAS Pahang ke kawasan tersebut pada 19 Januari 2012, didapati papan tanda pemberitahuan status Hutan Simpan Kekal oleh Jabatan Perhutanan masih gah terpacak di puncak bukit berkenaan. Kewujudan papan tanda rasmi ini mengundang tanda tanya rakyat mengenai status hutan tersebut adakah sudah dilupuskan untuk tujuan pembalakan dan pertanian berikutan terdapatnya tiga kawasan matau pembalakan di sekitarnya yang siap tertera nombor lesen dan maklumat pembalakan. Sehubungan itu, PAS Pahang mahu Kerajaan Pahang menjelaskan kepada rakyat persoalan-persoalan seperti benarkah kerajaan telah mengeluarkan lesen pembalakan yang sah untuk membolehkan pengeluaran balak di kawasan hutan simpan tersebut? Keduana, adakah status Hutan Simpan Kekal itu telah dilupuskan?; Jika dilupuskan adakah mengikut prosedur atau dibolehkan oleh undang-undang? Turut dipersoalkan ialah mengapa kawasan itu dilupuskan sedangkan kawasan tersebut amat penting sebagai khazanah perhutanan negara sekali gus sebagai kawasan tadahan untuk lembangan Sungai Triang dan Sungai Pertang. Tidakkah akan menjejaskan ekologi dan bekalan air bersih jangka panjang untuk negara? Justeru itu, PAS Pahang berpendapat jika aktiviti pembalakan tersebut adalah haram, maka adalah mustahil pihak berkuasa perhutanan tidak mengetahuinya berdasarkan aktiviti pembalakan dan matau yang terletak di tepi jalan raya sekali gus tertera lesen pembalakan. Malah, kawasan hutan tersebut terletak di dalam DUN yang diwakili oleh MB Pahang itu.



[size=85%]Adnan marah orang ceroboh tanah kerajaan, tapi hutan balak apa citer?



[Difahamkan juga, PAS Pahang telah mendapat aduan penduduk sekitar bahawa aktiviti pembalakan sudah berjalan kira-kira dua bulan lepas dan lori yang membawa kayu balak keluar mengikut jalan Kampung Chemomoi dan FELDA Kemasul - Triang termasuk pada waktu malam. Penduduk tempatan juga mengadu mengenai keadaan air Sungai Pertang dan Sungai Triang yang begitu keruh sejak beberapa bulan berkemungkinan kesan daripada aktiviti pembalakan tersebut. PAS Pahang menggesa pihak kerajaan menarik balik sebarang lesen pembalakan jika ada dikeluarkan kepada mana-mana pihak dan mengambil tindakan segera hentikan sebarang aktiviti penjarahan hasil hutan di kawasan Hutan Simpan Kemasul
sekali gus diikuti tindakan segera untuk
Pemuliharaanya demi untuk sediakan kawasan tadahan air bersih kepada generasi akan datang].
回复

使用道具 举报

发表于 23-1-2012 04:33 PM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 23-1-2012 04:35 PM 编辑

Panas: GPMS Pahang Bacul, Sanggup Tolak Debat Isu Lynas Antara Menteri Besar Dan Fuziah Salleh
KUANTAN, [size=85%]22 Jan - Ramai pihak yang terkejut dengan kenyataan Yang DiPertua, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Pahang iaitu Wan Emril Nizam Wan Embong[size=85%]
[size=85%](foto) yang mahu debat isu Lynas antara Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob dengan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dibatalkan. Beliau berkata bagi membantah hasrat MB Pahang untuk berdebat secara terbuka dengan Fuziah dalam isu tersebut. Persoalan yang timbul, kenapakah debat itu harus dibatalkan sedangkan ia adalah ruang terbuka untuk kedua-dua pihak mengeluarkan dan mempertahankan hujjah masing-masing agar dinilai oleh rakyat. Kenyataan Wan Emril kononnya perjumpaan "Town Hall" itu akan dijadikan landasan untuk menghentam dan memburukkan kerajaan seperti yang berlaku sebelum ini. Malah, katanya yang dipetik dari akhbar Sinar Harian hari ini (22 Jan) dengan jelas mengatakan perjumpaan bersama sebelum ini telah dijadikan platform untuk pembangkang menyelar rancangan kerajaan. Kononnya, berbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk meyakinkan rakyat bahawa projek Lynas tidak berbahaya seperti yang digembar-gemburkan selama ini. Maka itu, beliau takut kerajaan dimalukan sekali lagi oleh pembangkang andai debat itu dilakukan. Persoalan yang perlu ditanya kepada Wan Emril ialah jika benar kerajaan telah menyakinkan rakyat kenapa perlu takut untuk berhadapan secara "anak jantan" di pentas terbuka (debat). Malah, rakyat juga ada hak untuk mempertikaikan "projek berisiko" yang dibawa masuk oleh kerajaan melalui "pintu belakang". Tidak timbul soal tidak percaya atau tidak, kerana memang sudah menjadi tradisi pemimpin kerajaan UMNO BN akan mengambil komisyen "under table" sebelum meluluskan apa jua projek sekali pun. Malah, dalam permohonan kawasan balak, lombong, tanah dan sebagainya ternyata memang ramai yang mengetahui terpaksa memberi habuan tertentu kepada pihak yang berkenaan jika mahu permohonan diangkat dan diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang dipimpin oleh Menteri Besar Pahang. Itu belum lagi termasuk habuan lumayan untuk ahli majlis itu sendiri
sebelum projek disokong.


[size=85%]Bukti, kenyataan Wan Emril di Sinar Harian tentang isu ini

Wan Emril sepatutnya tahu semua ini dan ia memang menjadi amalan "dulu, kini dan selamanya" oleh kerajaan UMNO BN. Maka itulah, rakyat berhak mempertikaikan projek Lynas kerana kemasukannya mencurigakan dan penuh dengan kontroversi. Tidak timbul soal pembankang atau sebaliknya, kerana ramai juga penyokong BN terutamanya dari parti MCA yang turut membantah projek Lynas. Maka beliau harus sedar, isu Lynas bukanlah politik tetapi isu rakyat Kuantan secara umumnya. Tidak perlu takut dengan "debat" yang bakal diadakan kerana ia dianjurkan oleh pihak yang profesional dan telah banyak menganjurkan debat seperti itu selama ini iaitu Sinar Harian. Tidak timbul juga soal kecoh atau tidak kerana, penganjur berhak membatalkan debat itu jika berlaku kekecohan. Malah, Sinar Harian dilihat lebih telus dan terbuka dalam bidang ini. Maka, tidak perlulah Wan Emril membuat kajian sendiri dek kerana mahu mempertahankan pemimpin mereka yang mula ketakutan untuk berhadapan dengan rakyat. Siapa yang mahu percaya dengan kerajaan?. Jika kerajaan membuat taklimat Lynas di Komplek Penyiaran Pahang anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) itu baru-baru ini pun diadakan secara tertutup?. Semua ini menimbulkan keraguan dan ternyata satu usaha bagi menutup kelemahan.

[Justeru, sebagai sebuah pemimpin NGO yang berpaksikan pendidikan Wan Emril harus bersikap terbuka dan lebih profesional dalam membuat keputusan. Kenapa perlu pertahankan sesuatu isu jika rakyat menolaknya. Jalan terbaik dan lebih demokrasi iani berdebat secara terbuka. Jika MB Pahang berjaya mematahkan hujjah Fuziah Salleh, maka rakyat pasti akan terima kenyataan dan apa yang diperkatakan. Begitulah sebaliknya. Debat adalah satu platform sihat yang perlu disuburkan dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. Jika kerajaan berada di pihak yang benar, maka rakyat akan mempercayai hujjah yang diberikan. Namun, jika majoriti rakyat menolaknya, wajarlah kerajaan membatalkan projek Lynas walau pun ada beberapa kerat pemimpin tertentu yang akan dapat untung besar. Semua ini perlu dipastikan demi masa depan rakyat tercinta. Oleh itu, kami mengesyorkan agar debat terbuka ini diteruskan bagi menjamin keadilan untuk semua pihak. Berani kerana benar dan takut kerana salah].


回复

使用道具 举报

发表于 24-1-2012 11:06 AM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 24-1-2012 11:07 AM 编辑

BN Pahang Yakin "Rampas Semula" Semua Kerusi Pembangkang Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 Ini!TEMERLOH, [size=85%]23 Jan - BN Pahang yakin mampu merampas semula semua kerusi yang ditawan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Menteri Besar Pahang Dato' Sri Adnan Yaakob [size=85%](foto) berkata berdasarkan angin perubahan politik semasa, BN yakin dapat merampas semula kerusi terbabit walaupun mengakui ia sedikit sukar. "Kerusi parlimen Kuantan sedikit sukar kerana isu Lynas tetapi Parlimen Indera Mahkota kita tidak ada masalah. "Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semantan, Beserah juga tiada masalah, malah Triang dan Tras juga boleh kita rampas jika kita bekerja keras dan bersatu padu, kesemuanya boleh kita rampas kembali," katanya ketika berucap pada perjumpaan dengan 3,000 jentera pilihan raya Wanita BN di sini semalam. Adnan berkata pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri yang merupakan sayap kanan parti perlu sentiasa turun padang mendekati rakyat dan mendengar serta mencari jalan membantu menyelesaikan masalah mereka. "Kesilapan masa lampau perlu dijadikan pengajaran dan kali ini kita perlu bekerja kuat untuk menang di mana segala kelemahan perlu diatasi. "Kita jangan persoalkan siapa calon atau komponen parti, yang pentingnya kita perlu menang dan segala janji rakyat akan kita tunaikan," katanya. Sehubungan itu, beliau mengingatkan anggota parti supaya mengetepikan perkara remeh temeh yang boleh gugat keutuhan parti menjelang PRU-13.


[size=85%]Sokongan rakyat terhadap isu Lynas yang diperjuangkan oleh Fuziah
jadi alasan BN tidak yakin untuk rampas kerusi yang diwakilii beliau


[Walau apa jua situasinya, ramai pemerhati politik meramalkan BN akan terus berkuasa di Pahang selepas PRU-13 ini nanti. Ia berlandaskan kepada fakta mereka mendapat sokongan padu dari kalangan pengundi "tegar" saluran satu di kawasan Felda, perkampungan orang asli dan sebagainya. BN cuma akan kehilangan banyak kerusi DUN di kawasan bandar kali ini. Ia berdasarkan kepada mood pengundi kaum Cina yang akan "spin" pada PRU-13 untuk memberi sokongan kepada pembangkang selepas melihat kerajaan BN gagal membela nasib mereka dalam isu Lynas. Lantaran itu jugalah BN akur dengan kekuatan Fuziah Salleh di kerusi Parlimen Kuantan kali ini. Bagi Parlimen Indera Mahota pula, harapan BN untuk merampasnya dilihat pada tahap 50-50. Itu pun jika benar, pembangkang pilih orang luar untuk jadi calon mewakili parlimen itu. Faktor anak tempatan jadi penentu dan pembangkang harus berhati-hati memilih calon mereka kali ini, jika tersilap pasti kehilangan Parlimen Indera Mahkota].
回复

使用道具 举报

发表于 24-1-2012 11:14 AM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 26-1-2012 02:11 AM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 26-1-2012 08:53 PM 编辑

回复

使用道具 举报

Follow Us
发表于 26-1-2012 08:48 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 26-1-2012 08:57 PM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 26-1-2012 09:05 PM 编辑

回复

使用道具 举报


ADVERTISEMENT

发表于 27-1-2012 02:17 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 27-1-2012 08:01 PM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 27-1-2012 08:05 PM 编辑

MB Pahang Nasihat Rakyat Tidak Termakan Janji PAS Beri Lot Rumah Jika Menang Dalam PRU-13 !! KUANTAN, [size=85%]26 Jan - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob [size=85%](foto) menasihatkan rakyat supaya tidak termakan dengan janji PAS untuk memberikan mereka tanah lot rumah sekiranya parti itu menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. Katanya, ia hanya berupa janji kosong yang agak musathil untuk ditunaikan kerana Pahang kini hanya mempunyai kira-kira 100,000 hektar atau tiga peratus tanah sahaja yang boleh digunakan daripada 3.6 juta hektar tanah di seluruh negeri. "Yang lain adalah tanah rezab seperti rezab hutan, lombong dan tasik yang tidak boleh digunakan. Rakyat negeri ini pun kini berjumlah 1.5 juta orang dan dengan keluasan tanah hanya 100,000 hektar yang boleh digunakan, adakah PAS boleh berbuat demikian?. "Jadi, orang jahil ini hanya boleh tipu orang jahil sahaja, kalau mereka yang tidak jahil, dia tidak boleh tipu," katanya kepada pemberita semasa menghadiri majlis Perayaan Tahun Baru Cina 2012 anjuran Gabungan Persatuan-Persatuan Tionghua Kuantan di sini hari ini. Hadir sama ialah Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) Tan Sri Pheng Yin Huah. Baru-baru ini Pesuruhjaya PAS Pahang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata setiap rakyat di negeri ini akan mendapat tanah untuk lot rumah sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negeri pada PRU-13 nanti. Adnan berkata walau apa pun isu yang dimainkan pembangkang di Pahang, ia tidak gugat keyakinan BN untuk terus mentadbir negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.

[Masing-masing sebenarnya boleh berjanji apa saja untuk menagih undi rakyat dikala bahang pilihanraya umum ke-13 yang kian hampir. Namun, harus diingat, rakyat berhak menilai segala apa yang dijanjikan. Merekalah yang akan menentukan siapakah yang akan disokong dan mana yang akan ditolak. Apapun, penganalis politik meramalkan BN masih akan tetap menang dan berkuasa di Pahang. Cuma, senarionya agak berbeza dimana kerusi pembangkang akan bertambah dan mungkin mengurangkan majoriti 2/3 di Dewan Undangan Negeri (DUN). Ia berlandaskan faktor pengundi Cina yang pasti "swing" menyokong pembangkang, akibat kekecewaan mereka dengan isu Lynas. Semua ini pasti akan menggugatkan pengaruh UMNO BN jika kerajaan negeri masih tidak "prihatin" dan "cakna" kepada rakyat. Justeru, langkah terbaik ialah MB dan barisan exconya perlu mencari jalan untuk mendekati rakyat mulai sekarang terutamanya bagi menarik seberapa ramai pengundi muda kembali menyokong mereka. Jika gagal, sudah pasti "media baru" akan berperanan untuk meyakinkan mereka tentang mengapakah perlunya melakukan agenda perubahan itu].
回复

使用道具 举报

发表于 27-1-2012 08:04 PM | 显示全部楼层
Cadangan Lynas, Buang Sisa Radioaktif Ke Pulau Tidak Berpenghuni Wajar Di Halang Oleh Rakyat
KUANTAN, [size=85%]27 Jan - Lynas Corporation bercadang untuk membuang sisa pepejal radioaktif dari loji penapisan bahan nadir bumi di Gebeng dekat sini ke sebuah pulau tidak berpenghuni di luar pantai Pahang. Demikian ditegaskan oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh [size=85%](foto) dalam satu kenyataannya semalam. Alternatifnya, sisa tersebut mungkin dilupuskan di kawasan di mana tidak terdapat pembangunan, kata Fuziah, yang berkempen menentang projek loji nadir bumi itu. Cadangan tersebut terkandung dalam pelan pengurusan sisa Lynas yang dibuka untuk tatapan umum sehingga semalam, katanya yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. "Mereka berkata mereka belum mengenal pasti lokasi untuk Kemudahan Pelupusan Tetap (PDF), tetapi mereka sedang mempertimbangkan beberapa pilihan. "Salah satu pilihan itu ialah sebuah pulau di luar pantai Pahang yang tidak berpenghuni, " katanya. PDF adalah bertujuan untuk aliran sisa pepejal loji, yang diklasifikasikan sebagai sisa radioaktif. Dua lagi aliran sisa juga mengandungi bahan radioaktif, tetapi tidak diklasifikasikan sebagai radioaktif dan Lynas bercadang untuk mengitarkannya semula dan mengkomersilkannya. Bagaimanapun, Fuziah berkata, lokasi pulau tersebut belum ditentukan kerana idea itu "masih dalam pertimbangan". Bagi suarakan tentangannya terhadap itu, semalam Fauziah menyerahkan penghujahan bertulis kepada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) di Kuantan. "Ini tidak harus dibenar kerana bahan dari PDF boleh meluluhkan ke dalam laut," demikian menurut penghujahan tersebut.

[Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuantan itu menafikan beliau bersetuju dengan cadangan Lynas ini. Katanya, dimana saja Lynas mahu buangkan sisa pepejal radioaktif seperti yang dimaksudkan maka rakyat perlu menantangnya kerana ia tetap membahayakan rakyat. Lynas kini perlu mencari alternatif lain untuk meyakinkan rakyat tentang bahan buangan radioaktif mereka, jika tidak mahu isu ini terus berpanjangan. Rakyat sebenarnya, mahukan supaya operasi kilang Lynas di Kawasan Perindustrian Gebeng Kuantan itu dibatalkan secara keseluruhannya tanpa sebarang alasan lagi. Kini Lynas sibuk membuat promosi di dalam berbagai-bagai akhbar untuk memberi maklumat tentang kilang mereka itu. Namun, ramai yang sudah hilang keyakinan dan hairan kenapa baru sekarang mahu membuat promosi dan hebahan ketika kilang sudah didirikan. Kenapa tidak semasa ia mahu dibina dulu?. Apakah Lynas takut rakyat bangkit menentang pada ketika itu?. Maka kini baru dilakukannya].
回复

使用道具 举报

发表于 28-1-2012 07:12 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 28-1-2012 07:15 PM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 28-1-2012 07:18 PM 编辑

回复

使用道具 举报

发表于 28-1-2012 07:21 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 29-1-2012 03:00 PM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 1-2-2012 10:30 PM 编辑

回复

使用道具 举报

发表于 29-1-2012 03:14 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报


ADVERTISEMENT

发表于 29-1-2012 09:17 PM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 29-1-2012 09:25 PM 编辑

Pilihanraya Umum: BN Dan PAS Mulakan Kempen Perang Siber Negeri Pahang Di Bandar Ikan Patin!
TEMERLOH, [size=85%]29 Jan - Kempen "Perang Siber" menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 nampaknya bermula, apabila dua program besar melibatkan kerajaan dan pembangkang Pahang telah dan akan diadakan di bandar ini. "Bandar Ikan Patin" dijadikan lokasi untuk kedua-dua pihak memulakan serangan dan mengatur srtategi ke arah itu. Apapun, kami di Pahang Daily Online (PDO) mengucapkan syabas kepada semua pihak yang mula ada kesedaran terhadap kepentingan media baru (siber) dalam memantapkan perjuangan masing-masing. Walau pun ia tidaklah sehebat yang dijangka, namun pendekatan yang dilakukan menjurus ke arah pengihtirafan kepada media baru itu sendiri. Khabarnya, PAS Pahang telah mengadakan Konvensyen ICT dan Media Baru 2012 Peringkat Negeri Pahang di Darul Amin, Sg.Gau pada 28 Januari lalu. Sementara itu kerajaan Pahang menerusi NGO's "1Agenda" dan "PahangKu" pula akan mengadakan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Dewan Tun Razak dekat sini pada 4 Februari nanti. Program itu merupakan Siri Jelajah MyVoice Negeri Pahang sebagai tanda sokongan NGO terbabit terhadap kerajaan BN dan akan dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang.

[Nampaknya, kedua-dua pihak sudah mula nampak kepentingan media baru di Pahang ini sebenarnya. Namun, anehnya sebagai pelopor media baru di Pahang kami tidak pun diundang secara rasmi untuk hadir di kedua-dua program berkenaan setakat ini. Walau pun kami banyak membela pembangkang dalam beberapa isu panas yang dikeluarkan namun tiada jemputan rasmi yang diterima untuk krew-krew PDO sama-sama hadir memantau program itu. Mungkin, kedua-dua pihak melihat kami sebagai "musuh siber" masing-masing agaknya. Lantaran itulah mereka tidak berani untuk mengundang kami sebagai pemerhati program berkenaan. Apapun, bagi kami itu adalah hak masing-masing. Kami berjuang diatas landasan kebenaran yang hakikini, yang baik untuk rakyat di sokong dan yang menyusahkan rakyat akan terus ditentang. Apapun, kami ucapkan tahniah sekali lagi kepada pihak yang berkenaan. Cuma biarlah ia konsisten dan berterusan, jangan hanya sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Sedangkan pengisian untuk "perang siber" itu akhirnya dipersia-siakan].
回复

使用道具 举报

发表于 30-1-2012 10:45 PM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 30-1-2012 10:48 PM 编辑

Kerajaan Negeri Bakal Berhadapan Dengan Protes Rakyat Jika Tidak Tangguh Korporat JBA Pahang !
KUANTAN, [size=85%]30 Jan - Nampaknya, Kerajaan Negeri Pahang bakal menerima musibah dan tamparan hebat menjelang Pilihanraya Uumum Ke-13 akan datang. Ia berikutan terdapat laporan protes besar-besaran akan dilakukan oleh ribuan rakyat termasuk dikalangan para pegawai dan kakitangan Jabatan Belakan Air (JBA) Pahang dalam tempoh terdekat ini. Agensi itu adalah merupakan anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Pahang. Bantahan itu timbul akibat ketidakpuasan hati pihak terbabit tidak berpuas hari dengan permintaan mereka agar JBA Pahang menangguhkan pengkopratan dan pengswastaan agensi terbabit. Tempoh empat belas hari (14) hari diberikan oleh pihak terbabit andainya bantahan mereka tidak dipedulikan. Menurut satu kenyataan pihak berkenaansepatunya pihak Kerajaan Negeri Pahang terlebih dahulu menyelesaikan isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SPBA) sebelum meneruskan agenda Pengkorporatan JBA Pahang. Perkara ini dibuat secara tergesa-gesa sehingga menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak khususnya kakitangan JBA sendiri. Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tiada pilihan lain kecuali bertindak mengadakan bantahan besar-besaran membabitkan semua kakitangan JBA Pahang. Sekiranya Pengkorporatan ini diteruskan kerajaan walaupun ianya mendapat bantahan rakyat. Malah, turut dipersoalkan ialah semua pekerja terbabit dikatakan belum mendapat maklumat secara menyeluruh berkaitan terma dan syarat menambah baik perkhidmatan atau sebaliknya.


[size=85%]Laporan dari Sinar Harian tentang pertemuan kakitangan terbabit [size=85%]tentang
isu ini
[size=85%] dengan[size=85%] Presiden Cuepacs, Dato' Hj. Omar Osman di Temerloh


[Akibat tindakan tergesa-gesa kerajaan itu, ramai pekerja JBA Pahang terutamanya "pekerja kontrak" akan kehilangan mata pencarian. Ini kerana, sekiranya ia berlaku maka JBA Pahang terbabit dijangka akanmengecilkan kakitangannya dan ini menimbulkan kesulitan kepada sebahagian besar dari kalangan mereka yang mempunyai pinjaman bank dan koperasi yang berkaitan. Jika kontrak mereka ditamatkan secara tergesa, bermakna mereka terpaksa menanggung hutang yang pasti akan membebankan uintuk tempoh yang lama. JBA Pahang perlu selesaikan dulu masalah air yang berlaku diseluruh negeri ini sebelum beriya-iya mahu dikorporatkan. Apa guna pengkopratan, sekiranya masalah air sedia ada masih gagal ditangani dan diselesaikan. Malah, tindakan ini jelas sekali ada usaha Kerajaan Negeri Pahang untuk mengambilk duit rakyat secara mudah sebenarnya. Justeru, rakyat Pahang digesa bangkit membantah demi masa depan mereka. Sudahlah kita ditipu dengan "Subsidi Kerajaan Negeri" pada bil yang dilihat amat mengelirukan apabila jumllah yang terpaksa dibayar lebih tinggi daripada penggunaan asal selama ini. Malah, JBA Pahang juga mengenakan caj "kepala meter" kepada pengguna yang dilihat satu strategi mudah untuk mereka mendapat duit. Dikala, rakyat Selangor mendapat kebajikan 20 meter padu air percuma, tiba-tiba kita mahu dibebankan dengan kenaikan harga air jika JBA Pahang dikorporatkan. Oleh itu, marilah sama-sama kita bangkit berjuang untuk halang semua ini daripada berlaku].
回复

使用道具 举报

发表于 1-2-2012 02:25 AM | 显示全部楼层
文德甲街上和小学看到赖志明和蔡文祥的banner,看来他们两条水对垒走不了咯~
回复

使用道具 举报

发表于 1-2-2012 10:14 PM | 显示全部楼层
Panas: Gara-Gara Azan, Pakatan Rakyat Mungkin Akan "Hilang" Kerusi Parlimen Indera Mahkota !! Rata-rata rakyat terutamanya pengundi YB Azan Ismail[size=85%] (foto)
di Parlimen Indera Mahkota dekat sini tertanya-tanya ke mana kelibat Ahli Parlimen terbabit mutakhir ini. Ramai yang menghubungi kami dan mahu supaya Pahang Daily Online (PDO) mendapatkan maklumat tentang Wakil Rakyat terbabit. Sememangnya semenjak dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Terengganu, kelibat Azan begitu jarang sekali dapat dilihat dalam mana-mana program pembangkang (Pakatan Rakyat). Bukan setakat di sekitar Kuantan, malahan di kawasan parlimen yang diwakilinya sendiri. Persoalannya ke mana pergi YB Azan Ismail agaknya?. Beliau yangd ilihat merupakan seorang pemimpin yang begitu pakar tentang hal ehwal kewangan dalam membantu Pakatan Rakyat di Parlimen, kini seolah-olah sudah hilang dari radar. Malah, sebahagian besar dari orang kanannya sendiri juga amat kecewa dengan perkembangan ini. Bagi mereka, Azan tidak sepatutnya hilang dari khalayak ramai kerana dia masih lagi Ahli Parlimen Indera Mahkota sebelum parlimen dibubarkan. Jika amalan ini terus dilakukan, maka kemungkinan besar pembangkang akan kehilangan kerusi parlimen terbabit pada Pilihanraya Umum akan datang. Ini berdasarkan kepada suara akar umbi yang begitu kecewa dengan kelibat wakil rakyat terbabit. "Bila dia tiada, yang rosak ialah Pakatan Rakyat. Sepatutnya dia mesti hadir dalam mana-mana program yang melibatkan pembangkang di kawasannya. Kami mengundi beliau dan kami perlukan beliau untuk membela kami. Jika ini caranya, bagaimana kami mahu percaya lagi kepada pemimpin yang kami pilih?. Kami bukan mahu wang dari beliau, sebab kami tahu kedudukan wakil rakyat pembangkang. Tapi sekurang-kurangnya hadirlah dalam majlis-majlis yang kami anjurkan termasuk ceramah dan sebagainya", kata seorang pemandu teksi yang menghubungi kami semalam. Senario ini pasti memungkinkan UMNO Barisan Nasional akan lebih mudah menawan Indera Mahkota pada PRU-13 nanti sebenarnya. Difahamkan, tindakan Azan dan beberapa orang ketua cabang yang meminta lebih kerusi dari PAS pada PRU-13 nanti juga menyebabkan Pakatan Rakyat di Terengganu kini retak menanti belah.

[Difahamkan Azan bersama-sama pimpinan PKR Cabang Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Kemaman, Setiu, Besut, Ulu Trengganu, Dungun dan yang lain mahu PKR mendapat lebihan agihan kerusi di sana. Susulan tindakan itu, kini sebahagian besar pemimpin PAS di Terengganu menolak Azan. Susulan daripada itu, Azan khabarnya telah melobi Anwar Ibrahim untuk kembali ke kerusi asalnya di Indera Mahkota berdasarkan faktor "calon menang dikekalkan". Apapun, kini nama YB Azan semakin tenggelam akibat kelibatnya yang jarang kelihatan di Parlimen Indera Mahkota. Ramai yang berpendapat, jika Azan dikekalkan maka harapan untuk pertahankan kerusi parlimen itu pasti akan berkecai. Jika Azan kembali ke Indera Mahkota, bagiamana pula dengan calon harapan Azmin Ali iaitu Zakaria Hamid (bekas Pengerusi PKR Pahang) yang sudah lama mengatur program dan buat kerja di kawasan terbabit. Difahamkan, beliau akan dipilih menggantikan Azan selain Dato' Fauzi Abd Rahman di parlimen itu pada PRU-13 nanti. Apapun, PKR harus lebih berhati-hati agar masalah dalaman mereka tidak dihidu oleh UMNO BN kali ini. Jika tidak, harapan untuk kekalkan kerusi parlimen itu pasti akan tinggal kenangan kerana UMNO BN sudah pasti akan meletakkan calon popular pada kali ini. Jika ini berlaku, BN mungkin dapat rampas kerusi tersebut].
回复

使用道具 举报

您需要登录后才可以回帖 登录 | 注册

本版积分规则

 

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT


版权所有 © 1996-2023 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|IPSERVERONE 提供云主机|广告刊登|关于我们|私隐权|免控|投诉|联络|脸书|佳礼资讯网

GMT+8, 14-5-2024 12:50 PM , Processed in 0.060864 second(s), 18 queries , Gzip On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

快速回复 返回顶部 返回列表