佳礼资讯网

 找回密码
 注册

ADVERTISEMENT

楼主: 天辩

彭亨州县/区州国议员表现。重振雄风!!!

  [复制链接]
发表于 8-1-2012 11:45 PM | 显示全部楼层
Panas: 'Pegawai KDN, Tawar Komisyen' Lumayan Dan Dalangi Projek IC PRU-13 Di Parlimen Pekan !
PEKAN, [size=85%]5 Jan - Gara-gara takut kehilangan kuasa, UMNO Barisan Nasional (BN) kini semakin terdesak dan sedang bertungkus lumus menjalankan operasi "projek IC PRU-13" kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di kawasan Parlimen Pekan. Menurut sumber, dalang yang menguruskan "kerja terkutuk" itu ialah Pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) sendiri. Kejadian ini berlaku pada minggu lalu."Tiga orang pegawai KDN telah datang ke Pekan baru-baru ini untuk projek IC itu. Saya terkejut bila ditawarkan RM500-RM1,000 satu kepala atas setiap pendaftaran yang dibuat. Mereka begitu serius dan dalam taklimat, turut mengarahkan agar perkara ini dirahsiakan kerana yang terlibat ialah beberapa orang wakil orang Kemboja. Caj perkhidmatan yang dikenakan kepada setiap PATI ialah sekitar RM4,500 seorang, termasuk surat beranak yang akan dikeluarkan selepas Pilihanraya Umum ke-13 nanti", kata sumber itu. Malah difaham, kesemua mereka yang sudah mendapat IC (MyKad) akan secara automatik boleh mengundi pada PRU-13 ini. "Mereka mengatakan antara pusat pengundian (pos) bagi PATI terbabit ialah di salah sebuah Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang terletak di Pekan. Kami diarahkan merahsiakan perkara ini kerana takut dijadikan isu oleh parti pembangkang", tambah sumber itu lagi. Paling mengejutkan, kesemua surat beranak PATI terbabit akan didaftar kelahirannya di negeri Selangor. Ia mungkin sebagai satu jalan untuk PATI terbabit jadi pengundi pos di negeri itu pada PRU-13 ini.

[Sebenarnya isu ini sudah beberapa kali dilaporkan, namun pihak yang berkenaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan bangga menafikannya. Namun, dengan maklumat terbaru ini, maka pihak terbabit digesa menghentikan urusan "haram" berkenaan kerana ia jelas perbuatan khianat kepada agama bangsa dan negara. Walau pun, difahamkan projek IC itu hanya terbuka kepada PATI yang beragama Islam terutamanya dari negara Kemboja, Thailand dan Indonesia, namu ia tetap salah dan wajar ditentang. Ia bagi mengaburi mata pembangkang yang mereka itu adalah warga asing. Demi kuasa, manusia sanggup melakukan apa saja. Ini jelas satu perbuatan yang menggadai maruah negara. Apakah mereka ini boleh kita jadikan pemimpin dan pemerintah negara. Apa yang jelas, ini membuktikan UMNO BN sebenarnya sudah tidak yakin kepada rakyat tempatan sendiri sebenarnya. Di harap agar pihak-pihak yang berkenaan terutamanya pembangkang dapat melakukan siasatan terhadap pendedahan ini. Segala yang berlaku memang didalangi oleh KDN. Sebab itu ada kawasan tertentu dimana KDN mengarahkan RELA untuk jaga warga asing ini. Bukankah ia satu tindakan yang cukup hina kerana tergamak jual negara kerana kuasa!].
回复

使用道具 举报


ADVERTISEMENT

发表于 8-1-2012 11:48 PM | 显示全部楼层
Ribuan Rakyat Sambut Anwar Di Balok, Terbukti Mantan TPM Itu Masih Dapat Sokongan Rakyat !!
KUANTAN,
[size=85%]8[size=85%]
Jan
- Ribuan rakyat hadir ke Putra Balok dekat sini petang semalam, bagi ceramah dan amanat terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim [size=85%](foto) sebelum keputusan kes liwat yang dihadapinya diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin ini. Rata-rata yang hadir berpuas hati dengan ceramah yang telah disampaikan oleh Anwar. Ketua Pembangkang itu berjaya memukau orang ramai dengan aksi ceramahnya sambil berdiri dengan diselangi unsur-unsur humor yang mencuit hati hadirin. Anwar sempat menghabiskan masa hampir dua jam untuk membongkarkan kes yang dihadapinya dan isu-isu semasa yang lain. "Saya tidak kisah sama ada di penjara atau tidak, apa yang penting ialah rakyat teruskan perjuangan untuk memenangkan PKR, PAS dan DAP (Pakatan Rakyat) pada Pilihanraya Umum ke-13", kata Anwar sambil mendapat tepukan gemuruh daripada orang ramai yang hadir. Anwar juga mengimbau kembali keistimewaan yang beliau perolehi ketika masih berada dalam kerajaan serta bergelar Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan suatu ketika dulu. "Dulu mereka kata Anwar Menteri Kewangan terhebat di dunia .... sekarang Anwar Menteri Kewangan terburuk di dunia. Hanya kerana saya menentang arus. Bayangkan jika saya terus mengikut jejak langkah mereka, sudah pasti akan diberi layanan istimewa hingga ke hari ini", kata beliau. Anwar turut mendedahkan beliau telah menerima beberapa jemputan khas daripada beberapa buah negara untuk membicarakan soal kebebasan dan keadilan negara Islam. Katanya, biar pun dia tidak dilayan dengan baik di Malaysia, namun masyarakat dunia tetap menyanjunginya.





Sementara itu Anwar juga kecewa dengan dasar-dasar kerajaan hari ini yang lebih banyak menguntungkan golongan korporat daripada rakyat marhaen. Beliau berjanji akan menurunkan harga minyak dan caj elektrik jika Pakatan Rakyat berkuasa dan beliau adalah Perdana Menteri. "Hari ini kita menang, esok kita turun harga minyak. Petronas untung 90 bilion setahun, kenapa tidak boleh agihkan kepada rakyat?. Kenapa perlu bagi kepada Melayu yang sama. Anak Mahathir, Mohzani dapat projek hampir RM10 billion daripada Petronas. Apa pasal, Melayu lain tak ada ke?. Saya tahu caranya, biar pun mereka tuduh saya gila. Jika urusan kewangan ditadbir dengan baik, nescaya kita dapat lakukan", katanya. Menyentuh soal elektrik Anwar berkata jika dia PM, dia akan memanggil semua pihak yang mengaut untung besar untuk diteliti semula bagi memberi kebajikan kepada rakyat. "Jika mereka untung RM1 billion, tidak boleh ke kita kurangkan keuntungan. Mereka tidak rugi, tapi keuntungan itu diberikan semula kepada rakyat. Semua ini boleh dilaksanakan. Tapi pemimpin UMNO tidak berani panggil tokey-tokey besar yang bekalkan tenaga elektrik ini", katanya. Anwar juga turut ucapkan syabas kepada golongan muda yang dilihat begitu ramai hadir ke program itu petang tadi. "Orang muda perlu berani membuat perubahan", kata Anwar. Ceramah Anwar berakhir sekitar jam 6.45 petang, sebelum beliau bergegas ke satu lagi program besar-besaran di Kuala Berang, Trengganu selepas itu.


[Turut menyampaikan ceramah ialah Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) dan Dr.Hamzah Jaafar (Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang). Sebelum itu, Anwar dikatakan telah singgah di Pejabat Perhubungan PKR Pahang di Jalan Beserah. Melihat kepada sokongan rakyat terhadap Anwar itu, ternyata semakin beliau ditekan maka semakin beliau terus mendapat sokongan. Jika senario ini terus berlaku maka kemungkinan besar perubahan akan berlaku pada Pilihanraya Umum akan datang pasti terlaksana jua akhirnya. Apa yang menarik, kunjungan Anwar ke Kuantan kali ini sungguh mengejutkan kerana pihak polis dilihat mengiringi pergerakan beliau dari Lapangan Terbang Sultan Hj.Ahmad Shah hinggalah ke lokasi ceramah terbabit. Walau waktu siang, namun kehadiran ribuan rakyat sungguh membanggakan. Malah, kelihatan juga beberapa orang pemimpin UMNO Bahagian Indera Mahkota dan wartawan media arus perdana yang dilihat memantau keadaan. Apa yang pasti, gelombang kebangkitan rakyat seperti zaman awal reformasi kini bermula semula. Jika Anwa dipenjarakan, sudah pasti peluang untuk UMNO BN terus berkuasa akan hancur berkecai. Inilah yang membingungkan mereka sebenarnya. Apapun, sama-sama kita turun ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada hari Isnin ini untuk memberikan sokongan padu terhadap beliau].
回复

使用道具 举报

发表于 10-1-2012 11:38 PM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 10-1-2012 11:39 PM 编辑

Panas: Dato' Fauzi Gusar Nyawa Si Saiful Bukhari Terancam Gara-Gara Tewas Isu Liwatnya Hari Ini
KUANTAN,[size=85%] 9 Jan - Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman [size=85%](foto) hari ini menegaskan beliau gusar dengan keselamatan Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Ia kerana, sebelum ini Saiful dengan berani mendedahkan beliau ada bertemu dengan tokoh-tokoh tertentu seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Rosmah Mansor (ketika itu masih TPM), berhubung dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, bertemu dengan ASP Rodwan Yusoff dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Md Nor sebelum beliau membuat laporan polis mengatakan dia diliwat. "Persoalannya, apa motif beliau bertemu mereka?. Saya risau Saiful akan diancam dan bakal menjadi seperti Altantunya Shaariibuu sekiranya dia mendedahkan rahsia ini. Rakyat perlu tahu motif sebenar, sedangkan Saiful ternyata tidak diliwat oleh sesiapa", kata Dato' Fauzi ketika dihubungi krew PDO siang tadi. "Kenapa mereka tidak halang Saiful ketika itu?. Kenapa biarkan anak muda itu membuat laporan palsu tentang kes ini?", kata beliau lagi. Terdahulu, Saiful dalam satu kenyataan hari ini reda dengan keputusan mahkamah dan beliau berharap pihak Pendakwaraya akan membuat rayuan kes itu demi keadilan yang dituntutnya. Malah Saiful juga mahu mahkamah yang lebih tinggi mendengar kes berkenaan selepas ini. Saolnya sekarang, ke mana harus Saiful membawa diri selepas ini?. Walau pun DNA yang dipertikaikan mahkamah, namun rakyat sebenarnya sudah lama musykil dan keliru dengan berbagai-bagai lagi episod memalukan terhadap kes ini. Penyokonhg Saiful wajar menerima kenyataan bahawa beliau bukanlah mangsa liwat Anwar sebenarnya, tetapi dia menjadi mangsa "Konspirasi Jahat" terhadap Anwar selama ini. Apapun, semoga Saiful terus tabah hadapi dugaan ini. Terimalah kenyataan bahawa anda masih teruna lagi.

[size=85%]
Saiful pernah cetuskan kontroversi bila beliau sanggup bersumpah laknat

[size=85%]sedangkan rakyat melihat beliau sebenarnya bukanlah mangsa liwat

[Persoalan tentang nyawa Saiful terancam ini mungkin ada kebenarnnya. Tambahan pula bila konspirasi politik untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim berjaya digagalkan. Saiful perlu perjelaskan apa kaitan nama-nama yang dinyatakan di mahkamah sebelum ini. Kenapa dia jumpa Najib, Ezam dan berhubung dengan pihak yang berkenaan?. Di sini jelas ada wujudnya unsur-unsur konspirasi seperti yang didakwa. Maka itulah, Saiful kini mempunyai rahsia besar tentang hubungan beliau dengan pihak yang terbabit. Akibat khuatir Saiful terpaksa dedahkan rahsia sebenar kes ini, maka pihak berkenaan pasti akan mengambil tindakan drastik termasuk menghilangnya seperti apa yang berlaku kepada Altantunya Shariibuu dulu. Saiful perlu dihilangkan demi menutup mulutnya mendedahkan pihak yang paksa beliau mengaku di liwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Akhirnya kebenaran tersingkap jua. Buatlah perubahan mulai sekarang].

回复

使用道具 举报

发表于 12-1-2012 08:51 PM | 显示全部楼层
Mahkamah Persekutuan "Benar" Penduduk Bukit Koman Raub "Merayu Isu Cynide" Lombong Emas
PUTRAJAYA, [size=85%]11 Jan - Para penduduk Kampung Bukit Koman yang mendakwa mengalami masalah kesihatan daripada penggunaan sianida (Cynide) dalam lombong emas di kawasan itu, boleh meneruskan perjuangan mereka daripada segi undang-undang bagi persekitaran bebas pencemaran. Ini susulan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, yang membenarkan permohonan penduduk bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan mereka untuk memulakan semakan kehakiman. Mereka gagal mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Tinggi pada 1 Jun, 2009 untuk memfailkan prosiding semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Ketua Pengarah Alam Sekitar yang meluluskan laporan awal Penilaian Kesan Alam Sekitar (PEIA) membabitkan lombong emas Bukit Koman yang terletak berhampiran dengan tempat tinggal penduduk berkenaan. Malanjum yang bersidang bersama-sama dua Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong dan Datuk Ahmad Maarop, memberikan kebenaran bagi satu persoalan undang-undang ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan. Persoalan itu adalah sama ada mahkamah, dalam menentukan permohonan pelanjutan tempoh untuk memfailkan permohonan kebenaran itu, perlu mengambil kira merit aduan pemohon yang dikemukakan dalam permohonan mereka bagi kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman. Mahkamah Tinggi menolak permohonan penduduk bagi kebenaran untuk semakan kehakiman atas alasan mereka terlalu lewat memfailkan permohonan itu dan mereka tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk mahkamah melanjutkan tempoh untuk mereka memfailkan permohonan mereka itu.
[size=130%]
Tempoh 40 Hari Kebenaran Semakan Kehakiman


Perintah 53, Peraturan 6, Peraturan-peraturan Mahkamah Tinggi 1980 menetapkan permohonan bagi kebenaran semakan kehakiman perlu dibuat dengan kadar segera dan dalam keadaan tertentu dalam tempoh 40 hari daripada tarikh apabila alasan bagi permohonan dikemukakan buat pertama kali atau apabila keputusan itu disampaikan kepada pemohon buat pertama kali. Mahkamah Rayuan menerima keputusan Mahkamah Tinggi itu dan menolak rayuan penduduk berkenaan pada 3 Ogos tahun lalu. Di luar mahkamah, peguam yang mewakili penduduk berkenaan, Malik Imtiaz Sarwar, berkata Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sudah memutuskan mahkamah hanya akan melihat kepada alasan bagi kelewatan memfailkan permohonan itu dan bukannya merit aduan yang menghalang dimensi kepentingan awam. Ketua Pengarah Alam Sekitar meluluskan laporan PEIA pada 13 Januari 1997. Menerusi surat bertarikh 21 Februari 2008, Ketua Pengarah enggan melayan permintaan penduduk supaya menyemak semula PEIA dan mengarahkan Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd (RAGMSB) menyediakan laporan yang lebih terperinci.


[size=85%]Bukti, salah seorang daripada mangsa Cynide yang menderita penyakit kulit





Pada 21 Mac, 2008, empat wakil penduduk, Wong Kin Hoong, Chong Sow Pin, Hue Fui How dan Mustapha Hussin (Mustapha meninggal dunia malam semalam), memfailkan permohonan bagi kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman dengan menamakan Ketua Pengarah Alam Sekitar dan RAGMSB. Penduduk mahu Ketua Pengarah Alam Sekitar mengarahkan RAGMSB menyediakan laporan EIA terperinci kerana mereka mendakwa laporan awal EIA (PEIA) yang diserahkan oleh syarikat itu pada 27 Ogos, 1996 mengandungi kecacatan serius. Mereka mendakwa laporan PEIA tidak memasukkan maklumat mengenai di mana dan bagaimana sisa rawatan lombong emas itu dibuang dan juga tidak mengandungi maklumat mencukupi mengenai sisa efluen. Penduduk berkenaan juga mendakwa laporan PEIA itu mempunyai impak bahaya terhadap kehidupan dan nyawa mereka berikutan tidak dimasukkan risiko kilang itu terhadap kesihatan awam dan alam sekitar. Mereka juga mendakwa penyediaan PEIA itu tidak membabitkan penyertaan orang ramai. Dalam afidavit mereka yang diikrarkan pada 12 Mei, 2009, pemohon mendakwa pada awal Februari 2009, mereka terhidu bau kuat dan beracun beberapa kali sehari, menyebabkan mereka batuk, pening kepala, sukar bernafas, rasa pedih pada mata dan paru-paru, muntah dan ruam pada badan. Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan dan Suhaila Haron, mewakili Ketua Pengarah Alam Sekitar manakala RAGMSB diwakili peguam bela yang diketuai Tan Sri Cecil Abrahanm.
回复

使用道具 举报

发表于 12-1-2012 08:55 PM | 显示全部楼层
Panas: Mangsa Cynide Di Bukit Koman Meninggal Dunia Semalam, Kerajaan Perlu Batalkan Lynas !!
KUANTAN, [size=85%]11 Jan -
Kerajaan digesa membatalkan segera operasi projek kilang memproses Rare Earth milik syarikat Australia, Lynas Corporation yang dibantah rakyat sekarang ini. Ia berikutan, seorang penduduk yang berjuang bermati-matian untuk membantah sebuah lagi syarikat Australia yang membawa projek berisiko ke negeri ini meninggal dunia malam semalam. Mustapa Hussin [size=85%](foto) yang menderita sakit kritikal akibat kesan penggunaan racun Cynide di lombong emas Lombong Emas Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd (RAGMSB) meninggal dunia selepas sekian lama menderita. Kerajaan perlu sedar, rakyat tidak mahu berhadapan lagi dengan risiko seperti yang dialami oleh para penduduk Bukit Koman selama ini. Biar pun berbagai alasan yang diberikan termasuk tindakan Lynas menyiarkan iklan setiap hari di media arus perdana untuk mempertahan kilang terbabit, namun rakyat sebenarnya lebih mengetahui risiko radiasi yang dihadapi oleh mereka. Kerajaan sepatutnya mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di Bukit Koman yang menimbulkan masalah kesihatan terhadap penduduk sekarang ini. Malah, kedua-dua syarikat berkenaan adalah dari negara yang sama iaitu Australia. Tentangan rakyat terhadap kilang yang boleh mendatang risiko ada kewajarannya jika dibandingkan dengan industri lain. Memang benar, ada pihak yang mempertikaikan kenapa rakyat tidak menentang kilang kimia yang banyak terdapat di Kawasan Perindustrian Gebeng. Namun, mereka juga perlu faham bahawa Lynas akan memproses "rare earth" yang diakui seantero dunia akan mengeluarkan radiasi atas pembuangan sisa-sisanya. Jika kita lihat penggunaan racun sianida (Cynide) di Lombong Emas Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd (RAGMSB) sebelum ini maka ternyata senarionya hampir sama. Tentangan rakyat dijawab dengan alasan mudah oleh kerajaan untuk mengiyakan apa yang telah mereka lakukan. Namun, hakikatnya projek berisiko wajib ditentang demi anak cucu dan generasi kita pada masa yang akan datang hendaknya.


[size=85%]Penduduk terus bangkit menentang penggunaan racun Cynide di Lombong
emas Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd (RAGMSB) sejak sekian lama


[Pihak yang akan menderita adalah rakyat setempat yang terpaksa berhadapan dengan ancaman kesihatan untuk tempoh yang lama. Pemimpin besar yang mendapat hasil lumayan atas projek itu tidak berhadapan dengan apa-apa risiko sebab mereka tinggal di tempat lain. Inilah yang akan terjadi kepada penduduk Kuantan pada masa akan datang jika mereka terus berdiam diri dengan isu ini. Soalnya, apakah lebih ramai yang meninggal dunia baru kerajaan mahu melakukan sesuatu. Insaflah atas apa yang berlaku dan jadikanlah ia sebagai pengajaran. Jangan biarkan rakyat terus dibelenggu risiko. Teruskan perjuangan tentang Lynas dan Cynide, demi kesejahteraan rakyat pada masa akan datang. Jangan menggadaikan nyawa rakyat kerana mengejar keuntungan semata-mata].
回复

使用道具 举报

发表于 13-1-2012 12:06 AM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

Follow Us
发表于 14-1-2012 11:34 AM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 14-1-2012 11:52 AM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报


ADVERTISEMENT

发表于 14-1-2012 12:03 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 15-1-2012 12:36 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 15-1-2012 07:33 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 15-1-2012 07:44 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 20-1-2012 11:27 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 20-1-2012 11:29 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 20-1-2012 11:35 PM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 20-1-2012 11:41 PM 编辑

Debat Isu Lynas, PAS Pahang Gesa Agar MB Tidak Berdolak Dalih Jika Tidak Mahu Di Cop Pengecut!
KUANTAN,[size=85%] 19 Jan - PAS Pahang meminta Menteri Besar Dato' Sri Adnan Yaakob berhenti berdolak-dalik sebaliknya serius untuk berdebat dalam isu Lynas jika tidak mahu dicop pengecut. Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad[size=85%]
[size=85%](foto) berkata, Adnan tidak sepatutnya menganggap debat dengan Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh sia-sia kerana isu tersebut terus menjadi kontroversi kepada umum. “Jika tidak mahu dicop pengecut tetapi terus berdolak-dalik itu tak guna, debat ini penting supaya rakyat dapat didedahkan dengan maklumat sebenar tentang isu yang menghantui mereka,” katanya. Suhaimi berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Adnan yang tampil di muka depan akhbar Sinar Harian semalam mendakwa beliau bukanlah seorang pengecut untuk berdebat Fuziah dalam isu Lynas. Namun dalam masa yang sama awal-awal lagi beliau sudah menganggap debat tersebut adalah sia-sia kerana bakal dijadikan propaganda politik. “Saya bukan pengecut. Saya tak gentar sekiranya Fuziah mahu ajak saya berdebat tetapi jika dia mahu menjadikannya isu propaganda, maka perdebatan itu sia-sia. “Kita boleh berdebat dengan orang-orang bijak tetapi adakah kumpulan anti-Lynas ini bijak? Kita telah berikan mereka semua fakta daripada tetapi mereka masih tidak menerimanya,” katanya sebagaimana disiar media. Sebelum ini Fuziah bersedia untuk menyertai debat yang dicadang akan dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Perhimpunan Hijau, yang membariskan Fuziah, Adnan dan Ketua MCA Bahagian Kuantan, Datuk Ti Lian Ker berkaitan isu Lynas. Fuziah mahu debat umum itu melibatkan semua pakar berkaitan supaya rakyat dapat mengetahui dan mendapatkan maklumat lebih tepat dan telus. Isu Lynas menjadi topik hangat penduduk daerah ini sejak Kerajaan BN Pahang bersetuju membenarkan kilang memproses nadir bumi dari Australia yang dikatakan sudah ditolak oleh negeri-negeri lain itu beroperasi di Gebeng.


[size=85%]Laporan muka depan Sinar Harian semalam yang menyebut Adnan tidak
takut untuk berdebat dengan YB Fuziah Salleh tentang berkaitan Lynas


Suhaimi berkata, debat yang dicadangkan oleh NGO berkenaan adalah berikutan rakyat gagal untuk mendapat maklumat yang telus dan tepat mengenai Lynas. “Dulu dianjurkan taklimat 8 siri tentang Lynas. Tetapi setelah orang ramai hadir dan bertanya, program penerangan itu dihentikan oleh penganjur selepas hanya dua kali berjalan. “Kerajaan ada buat sesi penerangan tetapi secara terpilih dengan memanggil penyokong UMNO untuk diberi taklimat tertutup, bukannya secara terbuka kepada umum. “Malam program yang serupa anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di bangunan RTM baru-baru ini juga pesertanya dipilih-pilih, bukan semua orang boleh masuk. “Jadi debat yang dicadangkan itu merupakan cara yang dicadangkan oleh NGO tersebut setelah rakyat dan penduduk Kuantan khususnya, dinafikan mendapat maklumat sebenar,” katanya. Tambah Suhaimi, sebagai wakil rakyat sudah tentu Fuziah mesti bela penduduk Kuantan yang gementar dengan projek itu. Sementara itu, pihak anti-Lynas juga telah membariskan lapan orang pakar dalam pelbagai bidang termasuk Dr Jayabalan yang pernah terlibat sebagai saksi dalam isu radio aktif Bukit Merah dulu.

[Ramai yang terkejut dengan sikap berdolak-dalih MB Pahang dalam isu ini. Isu Lynas jika tidak kerana propaganda politik pun, sudah pasti ia tetap menjadi "isu politik". Ini kerana, yang menyokong dan membawa masuk projek tersebut ialah kerajaan UMNO BN. Bukankah UMNO BN itu adalah sebuah parti dan pertubuhan politik. Adnan sebenarnya takut berhadapan dengan kenyataan kerana beliau tahu dia tidak layak untuk berhadapan dengan Fuziah dalam debat yang bakal diadakan secara terbuka itu. Sikap Kerajaan Negeri Pahang yang terus memperbodohkan rakyat dengan kenyataan "kebudak-budakan" tidak melayakkan Adnan untuk berdebat dengan Fuziah. Dek kerana itulah, beliau takut dirinya dimalukan nanti. Jalan terbaik ialah berusaha agar debat itu tidak berlaku demi menjaga maruahnya. Pihak yang layak berdebat dtentang isu ini ialah Lynas Corporation atau Lynas Malaysia Sdn Bhd. Mereka wajar menghantar CEO syarikat terbabit untuk berdebat dalam isu ini. Lynas sememangnya isu politik kerana perjuangan membantah projek tersebut dinaungi oleh parti-parti politik pembangkang termasuk juga MCA dari BN sendiri. Makanya, kenapa perlu takut jika berada di pihak yang benar. Cikgu Adnan tidak perlu berpura-pura disebalik kesilapannya menerima projek berisiko ini].
回复

使用道具 举报

发表于 20-1-2012 11:38 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报


ADVERTISEMENT

发表于 20-1-2012 11:44 PM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 20-1-2012 11:47 PM 编辑

Fuziah Salleh, Sedia Berdebat Dengan MB Pahang Tentang Lynas Anjuran Sinar Harian Februari Ini
KUANTAN,[size=85%] 19 Jan - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh[size=85%]
[size=85%](foto) bersedia untuk berdebat dengan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob mengenai isu kilang Lynas yang mendapat perhatian umum khususnya masyarakat di sini. Fuziah berkata, beliau sememangnya bersetuju dan menyambut baik saranan Adnan untuk bersemuka dalam satu sesi perbincangan atau debat secara ilmiah berhubung perkara itu. Menurutnya, pasti ia adalah medan terbaik bagi orang ramai membuat pernilaian terhadap persoalan Lynas tersebut. Katanya, pihaknya kini menunggu kata putus dari Kerajaan Negeri Pahang berhubung perkara itu. "Saya menyatakan persetujuan untuk berdebat apabila diajukan Sinar Harian dan menyambut baik persetujuan Adnan dalam perkara ini. Sinar Harian yang mempunyai pengalaman dalam mengadakan sesi perbahasan seperti Wacana Sinar Harian juga bersetuju untuk bertindak sebagai penganjur. "Program ini dijangka diadakan di Kuantan pada minggu pertama atau kedua Februari ini," katanya. Difahamkan sesi perdebatan itu akan menyentuh mengenai soal sama ada wajar atau tidak Lynas diberikan kelulusan untuk memulakan operasinya di Kuantan. Fuziah berkata, program tersebut akan mempertemukan dua pihak iaitu pihak yang bersetuju serta menentang dan pihaknya akan mengemukakan hujah selain fakta termasuk bukti kukuh yang disokong pakar luar. "Perdebatan itu juga akan memberi kesempatan kepada rakyat Kuantan untuk memahami isu Lynas dengan lebih lanjut. "Apa yang kita perkatakan selama ini adalah untuk kebaikan rakyat Kuantan," ujarnya. Beliau turut menyentuh mengenai keputusan Kerajaan Negeri Pahang yang tidak melanjutkan tempoh meneliti dokumen permohonan lesen peringkat pengendalian sementara syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd sebagai tidak relevan. Tegasnya, dokumen lebih 100 muka surat penuh aspek teknikal itu perlu dikaji secara teliti dan tidak boleh semudahnya diputuskan dalam tempoh yang singkat.

[Kesediaan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh untuk berdebat secara terbuka dengan MB Pahang dalam isu Lynas ini sepatutnya disambut dengan tangan terbuka oleh Adnan Yaakob. Tidak perlu sebarang alasan lagi, jika merasakan Kerajaan Negeri Pahang menerima Lynas itu adalah benar belaka. Ini kerana rakyat melihat, kemasukan projek itu penuh dengan unsur-unsur yang mencurigakan dan kontroversi. Tambahan pula ketika itu, adik Adnan Yaakob sendiri merupakan orang kuat agensi yang terbabit untuk memberi khidmat nasihat membawa masuk projek itu ke negara dan negeri ini. Lantaran itulah, rakyat bangkit dan terus mendesak projek itu dibatalkan demi keselamatan rakyat. Apa jua alasan yang diberika sudah tidak boleh diterima lagi oleh rakyat sebenarnya. Ini kerana, mereka membawa masuk Lynas secara diam-diam dan sekarang baru mahu mengadakan penerangan ketika kilang itu sudah berdiri megah di kawasan perindustrian Gebeng di Kuantan. Kini, rakyat boleh menilai, jika MB Pahang takut berhadapan dengan Fuziah maka sahlah mereka semua "cakap tak serupa bikin". Rakyat wajar menolak UMNO BN pada Pilihanraya Umum ke-13 ini jika mahu Lynas dihantar balik ke Australia. Jika tidak, mereka akan menanggung derita dan sengsara buat selamanya].
回复

使用道具 举报

发表于 20-1-2012 11:47 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 21-1-2012 07:07 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 21-1-2012 09:49 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

您需要登录后才可以回帖 登录 | 注册

本版积分规则

 

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT


版权所有 © 1996-2023 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|IPSERVERONE 提供云主机|广告刊登|关于我们|私隐权|免控|投诉|联络|脸书|佳礼资讯网

GMT+8, 14-5-2024 10:27 AM , Processed in 0.070783 second(s), 21 queries , Gzip On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

快速回复 返回顶部 返回列表