佳礼资讯网

 找回密码
 注册

ADVERTISEMENT

楼主: 天辩

彭亨州县/区州国议员表现。重振雄风!!!

  [复制链接]
发表于 19-12-2011 10:41 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报


ADVERTISEMENT

发表于 19-12-2011 10:51 PM | 显示全部楼层
Najib Penakut, Mahu Kekal Di Pekan Kerana Tahu Ribuan Pengundi Import Pasti Berpihak Padanya! Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa beliau tetap akan bertanding di Parlimen Pekan sampai bila-bila, walau pun ada cabaran daripada pemimpin pembangkang agar dia bertanding di kerusi bandar terutamanya di ibu negara. Malah, cabaran yang dibuat oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar agar beliau bertanding melawannya di Parlimen Lembah Pantai disambut dengan kenyataan yang dia akan tetap berbakti kepada rakyat Pekan dalam apa jua keadaan sekali pun. Kenyataan itu dibuat oleh beliau ketika berucap pada Himpunan Anak-Anak Pekan Bersama Perdana Menteri yang dihadiri hampir 6,000 warga Pekan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. Najib berkata walaupun beliau tidak dapat melayan setiap kehendak peribadi penduduk Pekan, namun beliau tetap akan mengabdikan diri untuk terus membina masyarakat Pekan. Beliau berkata segala kemajuan yang dikecapi Pekan pada masa ini tidak mungkin menjadi realiti sekiranya beliau tidak dapat sokongan yang padu daripada masyarakat Pekan. Najib juga berharap warga Pekan akan terus bantu beliau sebagai anggota Parlimen dan Ketua Kerajaan untuk melakukan perubahan yang besar kepada daerah yang mereka cintai itu. "Saya harus sifatkan analogi atau ibarat saya macam pokok yang rendang dan bila pokok yang rendang ini mengeluarkan hasil dalam bentuk buah maka buah itu akan gugur ke bawah. "Tidak ada buah yang gugur ke atas atau gugur ke tempat lain... ia mesti gugur ke bawah. Bila ia gugur ke bawah maknanya orang Pekan dapat rahmat dan manfaat dari kepimpinan saya sebagai ahli Parlimen atau atas apa jua jawatan yang saya sandang", tegas Perdana Menteri Malaysia itu.


[size=85%]Pekan memang membangun, tapi yang kecapinya hanyalah orang luar


"Sama ada sebagai Timbalan Menteri dulu, lepas itu jadi Menteri Besar, Menteri dan kini sebagai Ketua Kerajaan (Perdana Menteri). Saya berasa amat bersyukur, bukti sokongan ini dalam pilihan raya yang lalu berkat sokongan tuan-tuan saya telah mendapat undi majoriti ahli Parlimen Barisan Nasional yang tertinggi iaitu 26,464 undi," katanya. Najib berkata banyak perubahan yang sedang giat dijalankan di daerah itu, termasuk pembinaan Lebuhraya Pekan-Kuantan dan penaiktarafan Pekan Waterfront serta Muzium Pekan. "Pekan sebagai salah satu hab pendidikan di mana daripada taraf sebuah universiti sampailah ke sebarang bentuk institusi pendidikan telah dapat kita wujudkan di sini. "Ini tidak termasuk projek yang akan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat seperti projek agropolitan umpamanya yang sudah siap dan ada yang saya akan lancarkan yakni di Pulau Serai bulan ini," tambahnya.

[Kenyataan Najib ini sebenarnya tidak berpijak di bumi yang nyata. Memang benar Pekan itu membangun, tetapi pembangunannya sungguh lembap dan memalukan. Bahkan, bandar Pekan sendiri matu dan layu pada waktu malam. Tiada deretan hotel-hotel atau resort untuk orang luar bermalam seperti di bandar-bandar lain di Pahang. Malah, Pekan dilihat terlalu jauh ketinggalan dari segi pembangunan itu sendiri. Cuma sekarang, ia agak ada perubahan. Namun yang menikmatinya ialah proksi dan kroni Najib Rosmah dari luar Pekan. Kontraktor Pekan hanya menyaksikan pembangunan tersebut tanpa mendapat apa-apa hatta projek kelas F. Semuanya disapu oleh proksi mereka. Kini Najib berani bertanding di Pekan kerana beliau sudah ada aset ribuan "pengundi import" yang terdiri daripada warga Kemboja, Myanmar, serta warga Kedah-Perlis yang dipunggah berbondong-bondong untuk bermastautin di Pekan. Mereka ada yang diberikan hak untuk mengundi pada setiap kali pilihanraya. Inilah yang menyebabkan Najib tidak takut lagi berlawan dengan sesiapa pun kerana orang Melayu sebenarnya tidak percaya lagi kepada Najib. Beliau hanya menang di Pekan kerana sokongan orang luar, sedangkan rakyat sendiri terus dipinggirkan. Inilah Najib Razak sekarang!. itu belum termasuk ribuan undi tentera kem batu 10 di daerah Kuantan yang dimasukkan ke Parlimen Pekan. Semua ini dilakukans ecara licik dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa proses persempadanan semula sebelum ini sebenarnya?. Najib bukan anak jantan, sebab itu dia takut berpindah kawasan kerana pengundi import tiada lagi bersamanya].
回复

使用道具 举报

发表于 20-12-2011 11:24 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 21-12-2011 11:04 PM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 21-12-2011 11:05 PM 编辑

Panas: Skandal NFC, Keluarga Shahrizat Di Dakwa Punyai "Kondo Mewah RM9.9 Juta" Di Singapura !
PETALING JAYA [size=85%]20 Dis - PKR menemui bukti baru berhubung penyelewengan yang dipercayai dari wang peruntukan dari Projek Fitlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarga Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil[size=85%] (foto). Bukti tersebut berhubung bukti-bukti pembelian sebuah kondominium mewah beralamat 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore 229955 oleh keluarga Shahrizat pada 27 Januari 2010. Kondominium tersebut dibeli pada harga S$4,107,600 yang berkeluasan 2,282 kaki persegi, iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah di tengah-tengah kota Singapura itu. Dalam sidang media semalam, Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata nilai pembelian tersebut dianggarkan bersamaan dengan RM9.9 juta pada kadar tukaran wang semasa urusniaga berlaku. Menurut Saifuddin, Carian rasmi menunjukkan ia didaftarkan secara bersama di atas nama Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail (suami Shahrizat) dan dua anak mereka, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh. "Pendedahan ini melengkapkan dakwaan PKR sebelum ini bahawa dana dari NFC yang sepatutnya digunakan untuk membina industri daging negara telah disalurkan kepada syarikat-syarikat peribadi milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil seperti NMLC dan RFC. "Lebih teruk lagi, wang dari syarikat-syarikat seperti NMLC dan RFC kemudiannya disalurkan pula ke syarikat-syarikat milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di Singapura iaitu Meatworks (Singapore) Pte Ltd dan Global Biofuture Pte Ltd yang jalankan operasi perniagaan tidak ada kena mengena dengan tujuan bantuan dana kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC." kata Saifuddin Nasution kepada pihak media pagi semalam.


[size=85%]Keluarga Shahrizat Jalil dipercayai punyai kondomium berharga jutaan
ringgit
[size=85%] di bangunan yang tersergam indah di kotaraya Singapura ini


[size=85%]Ini juga salah satu projek perniagaan Sharizat dan keluarganya di Singapura



Meatworks (Singapore) Pte Ltd dilaporkan menjalankan perniagaan restoran mewah di Singapura, sementara Global Biofuture Pte Ltd pula menjalankan perniagaan perdagangan minyak dan ternakan. Sebelum ini, PKR membongkar pembelian dua kondo mewah di One Menerung yang didaftarkan di atas nama syarikat National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd iaitu syarikat yang juga dimiliki oleh keluarga Shahrizat. Selain itu turut dibongkar berhubung dana berjumlah RM 3,363,507 telah disalurkan melalui National Meat and Livestocks Corporations Sdn Bhd (NMLC) oleh NFC untuk membeli dua bidang tanah di Presint 10, Putrajaya di tapak PT 1886 dan PT 1887. Dalam sidang media tersebut PKR menyeru supaya PM Najib Razak ambil tindakan segera bekukan kesemua akaun bank dan perbelanjaan NFC serta syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat, sementara siasatan yang lebih telus dan serius dijalankan. Sidang media itu turut dihadiri oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan juga Ketua Wanita PKR iaitu Zuraidah Kamaruddin.


[size=85%]Bukti kukuh, dokumen yang menunjukkan ahli keluarga Syarizat Jalil
terlibat secara langsung projek NFC yang dipengeruskan ayahnya


[Sungguh menghairankan, bilamana bukti lengkap seperti ini sekali pun masih ramai ahli UMNO yang tidak percaya malah masih mengganggap Sharizat Jalil seorang ketua yang berwibawa. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya, sedangkan semua pihak tau bahawa syarikat yang diamanahkan untuk menjalankan projek NFC itu telah jauh menyeleweng. Malah, tergamak melantik sebuah syarikat yang mana semua anak-anaknya menjadi Pengarah. Mana mungkin Sharizat boleh kata di tidak terlibat dengan isu tersebut kerana NFC diuruskan oleh suaminya. Orang lain mungkin Sharizat boleh perbudak-budakkan, namun kini beliau harus sedar bahawa gelombang kebangkitan, kewangan bukan ditentukan oleh calon tersebut tetapi rakyat yang menentukanya. Banyak lago pembongkaran akan dilakukan dalam masa terdekat ini. Semoga semua rakyat dapat menyedarkan rakyat tentang betapa teruknya Sharizat Jalil].

回复

使用道具 举报

发表于 22-12-2011 09:19 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 22-12-2011 09:41 PM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 22-12-2011 09:43 PM 编辑

Lynas: "Kerajaan Negeri Selangor" Anjur Kempen Kutip Dana Sokongan Bantahan Projek Tersebut !
SHAH ALAM, [size=85%]22 Dis - Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan majlis makan malam bulan depan bagi mengutip dana untuk kempen menghalang pelaksanaan projek Loji Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) yang beroperasi di Pahang. Majlis pada 7 Januari itu di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) merupakan inisiatif permulaan di Selangor yang bakal mengumpulkan pihak prihatin terhadap isu projek loji Lynas di Kuantan. Difahamkan dana yang dikumpul bakal digunakan bagi menbiayai usaha membawa syarikat Lynas ke mahkamah. Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong Keat Ping [size=85%](foto) berkata kempen yang dikenali sebagai 'Anti-Lynas' ini turut mendapat kerjasama daripada barisan pimpinan Exco Selangor lain dan dijangka akan dilaksanakan secara berperingkat oleh negeri-negeri lain. "Kerajaan Selangor menganjurkan kempen ini sebagai salah satu usaha padu untuk menyokong kempen ini secara berterusan. Saya juga difahamkan majlis makan malam ini akan bergerak ke negeri lain. Antara pemimpin yang akan menyertai majlis itu adalah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dan beberapa pemimpin lain," katanya. Projek LAMP yang dijadual beroperasi sepenuhnya September tahun ini mendapat bantahan orang ramai di Kuantan dan seluruh negara kerana apabila ia beroperasi kelak ia akan menghasilkan sisa radioaktif thorium yang merbahaya kepada penduduk sekitar. Pelbagai usaha dilakukan untuk menghalang pembinaan loji itu namun ia sehingga kini tidak diberikan perhatian serius oleh kerajaan negeri. Loji itu kini dihentikan sementara menantikan penilaian satu panel pro-nuklear yang dilantik Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTI). Difahamkan, sekiranya projek itu diluluskan barisan panel tersebut, loji yang dikendalikan Lynas Corporation itu akan menghasilkan sisa radioaktif Thorium itu.


[size=85%]Bantahan Lynas terus bergema biar pun dihalang dengan berbagai cara

[size=85%]Bukan saja orang Cina bantah, tapi kaum Melayu juga turut menolaknya


Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, pihaknya menolak sekeras-kerasnya projek loji berkenaan disebabkan ia tidak selari dengan pembangunan lestari di negeri itu. Beliau berkata, Akademi Sains semalam memaklumkan kepadanya bahawa negeri itu akan mendapat pelaburan teknologi hijau berkuasa tinggi hasil daripada pemprosesan nadir bumi yang dilaksanakan. Tambahnya, pihak Akademi mendakwa ia adalah peluang terbaik bagi Malaysia untuk menyertai projek perhiliran berbekalkan teknologi canggih yang pernah dihasilkan. "Saya ingin menyangkal kenyataan tersebut kerana hakikatnya Malaysia tidak mempunyai nadir bumi yang mencukupi. Malaysia hanya memiliki 0.03 peratus nadir bumi di dunia ini. Maksudnya, nadir bumi yang digunakan itu bukannya datang dari Malaysia, sebaliknya dari Australia dan negara lain. Justeru, kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Akademi berhubung perkara berkenaan adalah tidak relevan sama sekali,"kata Elizabeth Wong.
Sehubungan itu, dana yang diperoleh daripada kempen itu nanti akan digunakan bagi membawa kes tersebut ke mahkamah. Dalam pada itu, Pengerusi Lajnah Alam Sekitar Malaysia, Zulkefly Mohamad Omar menjelaskan, pembinaan projek loji LAMP bukan sahaja merugikan rakyat, bahkan akan meninggalkan kesan buruk kepada alam sekitar untuk jangka masa panjang. Ia merujuk kepada pengurusan sisa pepejal dan cecair yang mengandungi elemen radioaktif yang akan menjejaskan kesihatan penduduk di kawasan berhampiran ekoran daripada pencemaran alam sekitar yang serius. "Bagi kita khususnya dari kalangan pemimpin Pakatan Rakyat, kita melihat bahawa isu alam sekitar dan nyawa rakyat merupakan isu terpenting berbanding isu lain kerana ia melibatkan kehidupan. Dengan berjayanya projek itu di Pahang, tidak mustahil mereka akan bina projek yang sama di negeri-negeri lain memandangkan keuntungan yang bakal diperolehi adalah itu besar", katanya.

[Nampaknya, Kerajaan Negeri Selangor lebih prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat Pahang daripada kerajaan negeri itu sendiri. Terdapat banyak bukti bahawa memang ada satu permainan "trick" yang dilakukan oleh pihak yang berkenaan untuk mengaburi mata rakyat agar menerima ketentuan bahawa projek Lynas tidak berbahaya kepada rakyat. Sedangkan rakyat lebih tahu risiko yang bakal dihadapi oleh mereka sebenarnya. Oleh itu, sokongan daripada pihak luar seperti ini dijangka akan menyemarakkan lagi bantahan rakyat terhadap projek Lynas ini. Soalnya, apakah kerajaan mahu mendengar atau mahu mereka ditolak pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Ramai yang meramalkan, UMNO BN akan runtuh di kerusi-kerusi dalam bandar yang majoritinya adalah pengundi kaum Cina atau Melayu yang mendapat banyak maklumat daripada media baru dan sedia untuk berubah. UMNO BN di Pahang hanya boleh bergantung harap kepada saluran satu terutamanya para peneroka dan masyarakt orang asli. Jika tidak, sudah pasti kita akan melihat Pakatan Rakyat mendiami Wisma Sri Pahang selepas Pilihanraya Umum Ke-13 ini].
回复

使用道具 举报

Follow Us
发表于 23-12-2011 05:23 PM | 显示全部楼层
Sensasi: Lynas Malaysia Sdn Bhd Keluarkan Iklan Akhbar Bagi Yakinkan Rakyat Tentang Projek Itu !
Melalui iklan yang disiarkan dalam beberapa akhbar tempatan semalam, syarikat memproses nadir bumi Lynas (LAMP) Lynas Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa standard yang lebih ketat dikuatkuasa dan "Ini tidak memungkinkan kes Bukit Merah berulang". Dalam iklan separuh halaman di akhbar The Star, Berita Haran, Utusan Malaysia, Sin Chew Jit Poh dan China Press, Lynas berkata LAMP berbeza sama sekali dengan loji nadir bumi di Bukit Merah. "Loji di Bukit Merah memproses monazit daripada sisa lombong timah yang sangat berbeza kepada daripada nadir bumi yang kami proses," katanya. Buat masa ini, katanya, terdapat standard yang lebih ketat dikuatkuasakan dan menurut Lynas, ini tidak memungkinkan kes Bukit Merah berulang. Kilang Bukit Merah, yang dikendalikan oleh syarikat Jepun iaitu Mitsubishi Kimia dari tahun 1980an hingga awal 1990an, dipersalahkan atas penyebaran keracunan radiasi di Bukit Merah disebabkan apa yang didakwa ekoran pengurusan yang lemah sisa radioaktif yang dihasilkan daripada pemprosesan tahi bijih timah untuk mengekstrak nadir bumi. Menurut Lynas lagi, ia membuka perniagaannya di Malaysia atas sebab-sebab ekonomi. "Gebeng mempunyai sebuah taman perindustrian yang telah mantap dan ditetapkan dengan akses kepada kemudahan pelabuhan yang baik, bahan kimia bergred tinggi, tenaga kerja yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi, bekalan kuasa dan utiliti yang boleh dipercayai serta infrastruktur yang sungguh baik. "Lynas memenuhi semua peraturan dan telah mendapat kelulusan untuk bina sebuah loji pemprosesan di Australia, tetapi telah pilih Malaysia kerana ia mudahkan kami untuk berhubung dengan pelanggan-pelanggan global kami," katanya lagi. [size=85%]sumber


[size=85%]Bukti, inilah bentuk iklan promosi Lynas yang disiar akhbar semalam

[Persoalannya sekarang, apakah rakyat boleh menerima penjelasan dan kenyataan Lynas ini. Mereka cuba melakukan kerja profesional dengan memberi maklumat kepada rakyat tentang projek yang mencetuskan konreoversi itu. Namun, rakyat perlu bertanya kepada Lynas?. Kenapa baru sekarang baru mahu dikeluarkan iklan seperti itu?. Kenapa tidak awal-awal mereka mahu membina kilang itu di Malaysia?. Kenapa rahsiakan daripada pengetahuan rakyat terbanyak?. Lynas membuat kesilapan besar apabila menggunakan Karam Singh sebagai alat untuk mempengaruhi rakyat dalam isu ini. Sedangkan wartawan sensasi itu dilihat telah memperbodohkan dirinya dengan membuat cerita yang tidak masuk langsung dek akal. Malah, tindakan Karpal menemubual beberapa orang pemimpin UMNO setempat dilihat tidak adil jika benar dia membela rakyat. Malahan, tiada seorang pun rakyat berbangsa Cina yang ditanya oleh beliau untuk menyokong kenyataannya bahawa Lynas tidak bahaya. Inilah kesilapan besar yang Lynas lakukan, dan ternyata rakyat menolak semua ini dan tetap mahu syarikat itu meninggal Malaysia dengan kadar segera. Tiada alasan lagi dan tiada kompromi! PRU-13 pastikan jadi saksi].

回复

使用道具 举报

发表于 23-12-2011 05:28 PM | 显示全部楼层
Panas: "Saifuddin Dalam Bahaya", Ada Maklumat UMNO Temerloh Mahu "Tamatkan" Politik Beliau! Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah [size=85%](foto) kini dalam bahaya bila terdapat maklumat yang mengatakan UMNO Bahagian itu mengambil ketetapan untuk menolak nama beliau dicalonkan untuk bertanding lagi pada Pilihanraya Umum akan datang. Difahamkan, UMNO bersedia untuk menggantikan Saifuddin dengan muka baru iaitu calon dari Pemuda UMNO Mentakab bagi kerusi parlimen Temerloh pada PRU-13 ini. Berdasarkan maklumat, satu mesyuarat sulit akan diadakan di Jordan dalam masa terdekat ini bagi membincangkan ketetapan itu. Jika ini berlaku, maka Saifuddin dilihat akan terpinggir dari politik UMNO kerana beliau lebih bersikap terbuka dalam beberapa isu termasuk yang membabitkan mahasiswa. Semalam, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah didesak meletakkan jawatan menerusi memorandum yang dihantar oleh kira-kira 350 orang mahasiwa di pejabatnya. Apapun, mengulas lanjut selepas itu Saifuddin berkata beliau tetap akan mempertahankan hak mahasiswa walaupun mereka. Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai desakan dalam memorandum itu, menyerahkan kepada rakyat untuk menilai perkara sebenar. Soalnya sekarang, bolehkah Saifuddin bertahan dalam UMNO atau meninggalkan parti itu sebelum PRU-13 ini nanti. UMNO tidak suka mana-mana pemimpin mereka yang cenderung kepada apa yang diperjuangkan oleh pembangkang walau pun ia untuk kebaikan rakyat sebenarnya. Malah, Saiffudian dilihat antara pemimpin UMNO yang amat disenangi oleh pembangkang kerana beliau lebih bersikap profesional dalam berpolitik. Namun, apakah sikapnya sebegini sesuai dalam UMNO. Mungkin Saifuddin boleh menilai segalanya kerana beliau lahir daripada sebuah NGO yang memperjuangkan aspirasi anak-anak muda. Apapun, semoga Saiffudin cepat membuat keputusan dan tindakan kerana dirinya kini dijadikan mangsa kutukan oleh blogger-blogger dan penyokong UMNO sendiri sekarang. Jika tersilap langkah, hayat politiknya akan terus berkubur begitu sahaja. Namun, jika dia cepat bertindak untuk kembali kepada rakyat ia memungkin untuk beliau dianggat ke tahap yang lebih tinggi selepas ini. Apapun, segala keputusan kini ditangan Datuk Saifuddin Abdullah. Bertindak atau pun terus bertahan.


[size=85%]Kemunculan Saifuddin bersama Nurul Izzah juga telah dijadikan isu mereka
[size=85%]yang mengatakan bahawa dia akan sertai parti pembangkang selepas ini

[Apa yang bakal terjadi kepada Saifuddin ini jelas sekali melambangkan ketakutan UMNO BN terhadap sikap yang beliau tunjukkan mutakhir ini. Memang benar, kini beliau semakin popular dikalangan rakyat tidak kira yang menyokong kerajaan mahu pun pembangkang. Saifuddin dilihat antara pemimpin UMNO yang agak berkarisma, bersih dan tidak banyak kontroversi melampau. Malah, pendiriannya yang tegas terutamanya dalam mempertahankan hak-hak mahasiwa juga dilihat sebagai satu alasan untuk pihak berkenaan menolak beliau. Sedangkan, pemimpin seperti inilah yang wajar dikekalkan. Mungkin, dek kerana UMNO tidak perlukan orang seperti ini akhirnya mereka cuba mencari jalan untuk menjatuhkan beliau. Apa yang pasti, jika Saifuddin dijatuhkan oleh partinya sendiri maka ia satu kesalahan besar yang sukar untuk dimaafkan. Malah, kami yakin satu hari nanti Saifuddin kembali akan berada di landasan kebenaran dalam meneruskan perjuangan politik beliau pastinya. Apakah beliau sudah bersedia agaknya? Atau mungkin dia akan tetap setia kepada UMNO].


回复

使用道具 举报


ADVERTISEMENT

发表于 23-12-2011 05:29 PM | 显示全部楼层
Bongkar: MB Pahang Wajar Pantau Kilang Lynas, Banjir Mula Melanda Sekitar Kawasan Tersebut !!
KUANTAN, [size=85%]23 Dis - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob[size=85%]
[size=85%](foto) digesa meninjau dan menyaksikan sendiri situasi terkini kilang memproses rare-earth milik Lynas Corporation dari Australia itu sekerang. Ini berikutan orang ramai di sekitar kawasan itu yang mula resah apabila dilaporkan tempat mengendailan cecair sisa buangan radioaktif (Thorium) kilang Lynas Malaysia Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini dipercayai mengalami banjir dan bila-bila masa sahaja air takungan tersebut boleh melimpah keluar. Senario ini bakal menyebabkan ramai penduduk di sekitar kilang terbabit mula hilang kepercayaan kepada kerajaan yang kononnya akan memantau kilang tersebut agar ia tidak memudaratkan rakyat. Kerajaan sebelum ini mengakui bahawa mereka telah mengeluarkan garis panduan dan Lynas perlu mematuhi sepenuhnya syarat yang ditetapkan sebelum kilang itu diluluskan. Masalahnya, syarat yang diberikan tidak dipenuhi lagi namun pembinaan kilang tersebut terus rancak dijalankan. Bukankah ini tidak masuk dek akal langsung. Di kala kerajaan mahu mengkaji dikala itulah Lynas terus beroperasi. Malah, difahamkan kilang tersebut bakal beroperasi sepenuhnya dalam masa terdekat ini. Kemungkinan besar selepas Pilihanraya Umum ke-13 yang dijangka diadakan pada bulan Mac 2012 ini. Itu adalah syarat dan arahan yang wajar dipatuhi oleh Lynas. Soalnya sekarang jika belum beroperasi pun banjir sudah berlaku dan apakah kerajaan yakin kolam-kolam besar yang dibina oleh Lynas untuk membuat sisa radioaktif itu adalah selamat?. Inilah yang menakutkan rakyat sekarang terutamanya dikala musim tengkujuh ini. Apa yang pasti, banjir tersebut akan membawa cairan radioaktif masuk ke Sungai Balok dan seterusnya ke laut. Ini menyebabkan banyak makanan laut terutaman ikan, sotong dan sebagainya akan tercemar. Bayangkan jika ia dimakan oleh manusia, sudah pasti sisa radioaktif itu akan masuk ke tubuh dan ia membawa risiko yang lebih besar kepada mereka. Inilah yang ditakuti rakyat, dan mereka tidak yakin kilang Lynas itu selamat seperti yang diwar-warkan oleh kerajaan selama ini. Mereka tidak mahu nasib dan masa depan anak cucu mereka dipertaruhkan oleh satu projek yang jelas berisiko ini.


[size=85%]Bukti, air mula bertakung di keseluruhan kawasan sekitar kilang terbabit

[size=85%]Lagi bukti, bahawa pendedahan ini bukan sekadar fitnah semata-mata

[Banjir yang berlaku ini memanglah takdir, namun hakikatnya jika tiada apa-apa projek di kawasan berkenaan kemungkinan rakyat tidak terasa apa-apa. Namun, bila ada kilang Lynas dan kolam yang akan menempatkan sisa-sisa buangan bahan radioaktif di kawasan terbabit maka ia jelas akan menakutkan rakyat sebenarnya. Bayangkan jika Lynas benar-benar menjalankan operasinya kelak. Maka sudah pasti rakyat akan berhadapan dengan risiko besar yang akan memudaratkan kesihatan mereka. Oleh itu, apakah segala syarat dan janji-janji yang dibuat oleh Lynas itu dapat diterima dengan mudah oleh kerajaan dalam mereka menangani isu ini. Ternyata, ketakutan rakyat akan membuak-buak dan mereka pasti akan menolak kerajaan UMNO BN untuk terus berkuasa di Pahang pada Pilihanraya Umum akan datang, jika projek ini terus dilaksanakan. Kerajaan perlu mendengar rintihan rakyat sekarang dan tidak perlu lagi bercakap "mengarut" untuk pertahankan projek yang jelas berisiko itu].

回复

使用道具 举报

发表于 26-12-2011 12:54 AM | 显示全部楼层
Panas: JKKK Mengamuk, Kerajaan Negeri Pahang Mansuh Elaun Mesyuarat 'RM50' Awal Bulan Ini !
KUANTAN,[size=85%]
[size=85%]25 Dis - Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Dato' Sri Adnan Yaakob[size=85%] (foto) digesa mengembalikan semula elaun mesyuarat sebanyak RM50 kepada semua Ahli Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) di seluruh negeri ini jika tidak mahu kehilangan banyak undi pada Pilihanraya Umum akan datang. Demikian ditegaskan oleh salah seorang AJK (JKKK) terbabit yang menghubungi kami petang tadi. Beliau yang tidak mahu namanya dikenali berkata, saya cukup hairan kenapa kerajaan negeri bertindak demikian sedangkan selama ini ia tidak pernah menjadi masalah kepada kami. "Saya ingin tegaskan bahawa kami adalah mata kepala kerajaan. Kamilah yang bertungkus lumus siang malam bekerja untuk meastikan UMNO BN menang setiap kali pilihanraya. Ketika mereka memerlukan khidmat kami semasa kempen pilihanraya, bukan main lagi janji-janji manis yang ditaburkan. Tapi, bila masalah elaun mesyuarat ini diajukan kepada pemimpin yang kami pilih mereka gagal berbuat sesuatu untuk mengembalikan hak kami. Takkanlah elaun mesyuarat sekitar RM50 itu pun mahu dimansuhkan?. Apakah kini kerajaan negeri sudah "muflis", maka mereka sanggup menganiaya kami", kata pemimpin terbabit dengan nada kecewa. Difahamkan, kerajaan negeri mula menamarkan pemberian elaun tersebut berkuatkuasa pada awal bulan ini (Disember). Kerajaan juga tidak menyatakan sebab pemansuhan elaun berkenaan sehingga menimbulkan tanda tanya dan tidak puas hati di kalangan pihak pengurusan JKKK di negeri ini. Ramai yang kecewa dan tidak bersetuju dengan pemansuhan elaun ini kerana bagi mereka kerajaan sanggup habiskan banyak wang untuk beli undi pada setiap kali pilihanraya, termasuk yang terbaru di Pilihanraya Kecil DUN Kerdau baru-baru ini.



[size=85%]Keratan akhbar dimana MB telah menafikan negeri Pahang ini bankrap


Namun, mereka hairan tiba-tiba elaun tersebut dimansuhkan. "Kami banyak bantu kerajaan dalam segala bidang terutamanya untuk mempengaruhi mereka supaya mengundi BN pada setiap kali pilihanraya. Walau pun hati kami terkadang terguris dengan tindakan pemimpin BN sendiri namun kudrat kami terus kuat bersama kerajaan. Apakah cukup dengan BN menabur wang kepada kami bila tiba waktu pilihanraya untuk diagihkan kepada rakyat (membeli undi), sedangkan jasa-jasa kami selepas itu tidak dikenang oleh mereka. Selama ini bila pembangkang kata negeri ini bankrap MB dengan lantang menafikannya .. tapi lihat sekarang.. duit elaun kami dimansuhkan untuk pilihanraya agaknyer", tambah beliau lagi.
回复

使用道具 举报

发表于 26-12-2011 10:19 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 26-12-2011 11:41 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 27-12-2011 12:05 AM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 27-12-2011 12:07 AM 编辑

回复

使用道具 举报

发表于 27-12-2011 10:58 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 28-12-2011 01:39 AM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 28-12-2011 10:17 PM | 显示全部楼层
本帖最后由 沉睡的巨龙 于 28-12-2011 10:18 PM 编辑

Panas: 'Bekas ADUN Pulau Manis' Dan Juga Ketua Penerangan UMNO Pekan Bakal Sertai Parti DAP !!

KUANTAN, [size=85%]28 Dis - UMNO BN Negeri Pahang pastinya mendapat tamparan hebat pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini berikutan dakwaan Bekas Ketua Penerangan UMNO Pekan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis, Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz[size=85%] (foto) akan menyertai Parti Demokratik Rakyat (DAP). Kenyataan itu telah dibuat oleh anak kepada bekas Menteri Pendidikan dan bekas pemimpin UMNO, Tan Sri Khir Johari, yang telah dilantik sebagai Setiausaha Politik Lim Guan Eng iatu Zairil Khir Johari. Difahamkan sekarang ini, DAP sedang berusaha menarik sebeberapa ramai pemimpin Melayu ke dalam parti itu sebagai satu langkah untuk menghakis sokongan dari komuniti dominan selepas dituduh anti Melayu dari parti pemerintah. Ia juga dilihat sebagai satu langkah untuk untuk mewujudkan parti berbilang bangsa. DAP sebelum ini telah mendekati orang Melayu dengan melantik pemimpin Melayu dan pengasas Transparency International Malaysia Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang kini memegang jawatan Naib Pengerusi parti itu. Difahamkan pemimpin DAP telah bertemu dengan pemimpin Melayu dalam satu mesyuarat tertutup untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan negara Islam, hudud dan Bumiputera. Dengan penyertaan Mohd Ariff Sabri, yang menggunakan nama samaran pada blognya Sakmongkol AK47 akan menjadi perubahan yang besar dalam parti memandangkan beliau merupakan seorang pemimpin UMNO Bahagian Pekan yang merupakan kawasan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri. Malah, Ariff Sabri dijangka menyertai PRU-13 ini dengan mewakili Pembangkang jika beliau bertanding atas tiket parti DAP kali ini.


[size=85%]Sakmongkol AK47 banyak mengkritik kepimpinan PM Najib di blognya


[Senario terbaru ini, sudah pasti mengejutkan ramai pemimpin UMNO di Pahang. Tambahan pula Datuk Ariff Sabri merupakan bekas ADUN selepas menang DUN N20 Pulau Manis pada PRU11 (2004) yang lalu. Beliau menang dengan majoriti 4,491 undi, menewaskan calon PAS Ahiatudin Daud ketika itu. Beliau mendapat 7,153 undi sementara itu calon PAS itu hanya mendapat 2,662 undi. Namun, pada Pilihanraya Umum ke-13 lalu, tempatnya telah digantikan dengan calon lain, iaitu Khairuddin Mahmud. Tindakan tersebut menyebabkan Ariff Sabri terus dipinggirkan dari UMNO Bahagian Pekan. Sebagai pemimpin muda yang berwibawa, tindakan UMNO menggantikan calon lain bagi kerusi DUN itu jelas sekali sesuatu yang sungguh tidak munasabah kerana Ariff baru sepenggal menjadi wakil rakyat berbanding dengan ADUN lain termasuk Menteri Besar Pahang itu sendiri. Ini menyebabkan Ariff mula menulis di dalam blognya dan sering mengkritik kepimpinan UMNO sendiri termasuk Perdana Menteri. Tindakan beliau tidak disenangi oleh pemimpin UMNO. Malah, MB Pahang sendiri amat tidak menyukai beliau sebenarnya. Lantaran itu, tindakan Ariff beralih arah kepada DAP adalah sesuatu yang sungguh mengejutkan dan tidak dijangka. Ia secara tidak langsung menutup mulut blogger UMNO Pahang yang banyak kutuk DAP seperti semuthitam dan Bravehearts selama ini. Apapun, PRU13 di Pahang pada kali ini pasti penuh dramatik].
回复

使用道具 举报


ADVERTISEMENT

发表于 28-12-2011 10:22 PM | 显示全部楼层
以行动粉碎“反马来人”指责
行动党力邀两巫统元老加入盟

28-12-2011 12:05
民主行动党在面对国阵连番的“反马来人”指责后,已邀请了数名马来领袖,包括至少两名巫统元老级领袖加入该党,以行动来粉碎“反马来人”的指责。

据彭亨州浮罗曼尼前州议员兼着名部落客莫哈末阿里夫披露,一名森美兰州的巫统元老,受邀加入行动党,同时也有很大可能会在来届大选上阵。

行动党社青团长陆兆福丶策略局成员刘镇东及再里,都已经证实两人的加盟。

“我们接近他们,但是他们还没有任何决定,不过,我们不能保证他们可在大选上阵,这也是我们担心的。”

他也表示,党对两名巫统元老的表现感到开心,因为两人都在部落格内批评巫统及国阵。

两名巫统元老在周前,也有出席由行动党举办的“槟州之友”社交媒体大会。

再里指出,行动党要贴近在社交媒体有影响力的人。但是不会成立网络军团,行动党不像巫统,不会给别人钱,因为朋友是不能收买的。

不过,他拒绝证实两名巫统元老是否会加入行动党。

再里也是前教育部长及巫统领袖基尔佐哈里的儿子,他目前是槟州首长林冠英的政治秘书,此举也被视为行动党要成为一个多元种族政党的策略。
回复

使用道具 举报

发表于 29-12-2011 06:10 PM | 显示全部楼层
简直是括了巫统两大巴掌!
回复

使用道具 举报

发表于 29-12-2011 10:40 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

发表于 29-12-2011 10:44 PM | 显示全部楼层
回复

使用道具 举报

您需要登录后才可以回帖 登录 | 注册

本版积分规则

 

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT


版权所有 © 1996-2023 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|IPSERVERONE 提供云主机|广告刊登|关于我们|私隐权|免控|投诉|联络|脸书|佳礼资讯网

GMT+8, 15-5-2024 06:21 AM , Processed in 0.063484 second(s), 21 queries , Gzip On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

快速回复 返回顶部 返回列表