应该是“自居”的房屋,才可以扣税
2. Potongan Faedah Pinjaman Perumahan - seksyen 46B
2.1 Peruntukan baru dicadangkan untuk membenarkan seorang pemastautin
warganegara Malaysia menuntut potongan faedah atas pinjaman bagi
membiayai pembelian satu unit rumah kediaman (dimiliki sendiri atau
bersama). Rumah kediaman tersebut hendaklah rumah kediaman yang
tidak menghasilkan sebarang pendapatan. Perjanjian jual beli hendaklah
disempurnakan dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010.
Amaun potongan faedah dibenarkan adalah tidak melebihi RM10,000
setiap tahun asas bagi tiga tahun taksiran berturut-turut bermula dari
tarikh faedah mula dibayar.
2.2 Sekiranya terdapat dua atau lebih individu yang layak menuntut potongan
bagi sebuah rumah kediaman dan jumlah faedah yang dibelanjakan oleh
kesemua individu berkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam
tahun itu, setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun
mengikut formula berikut:
(Jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam tahun berkenaan X
Jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan) / Jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua
individu dalam tahun berkenaan
Cadangan pindaan ini berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2009.
详情可以参考这里
[ 本帖最后由 石破天金 于 12-3-2009 12:12 AM 编辑 ] |