Omakkau dapat rakaman gambar yang menunjukkan satu majlis ramah mesra bersama MB NS Mat Hassan dengan Petugas Pusat Daerah Mengundi UMNO Kg Kundur, Pedas, Rembau, Negeri Sembilan dua hari lepas 26hb Januari 2013, cukup hambar seperti kena boikot dan sabotaj!!!
Program tersebut tidak mendapat sambutan langsung, hambar dan sunyi sepi.
Pedas, Rembau terletak dalam UMNO Bahagian Rasah, dimana Ketua Bahagiannya ialah Mat Hassan sendiri.
KJalau dalam bahagian sendiri dah kena sabotaj menunjukkan kemelut UMNO Negeri Sembilan cukup parah dan tenat sekali.
Benarlah apa yang pernah dikatakan oleh Mat Hassan baru-baru ini bahawa masalah besar yang UMNO Negeri Sembilan hadapi kini ialah gelkagat dan perangai sabotaj dikalangan ahli-ahlinya.
Sudah menjadi perbualan dan rahsia umum yang kepimpinan Mat Hassan di Negeri Sembilan tidak disenangi langsung terutamanya dikalangan ahli-ahli UMNO peringkat akar umbi... Sebab itu beliau tumpas semasa pemilihan MKT UMNO yang lalu...sesuatu yang tidak pernah berlaku keatas penyadang Menteri Besar sebelum ini.. Penyumbang bgesar kekalahan beliau ialah tidak mendapat sokongan dari bahagian-bahagian UMNO Negeri Sembilan sendiri.
Di Negeri Sembilan ada 3 kem yang besar...1) Kem Mat Hassan 2) Kem Rais Yatim 3) Kem Isa Samad
Kem-kem ini dimeriahkan dengan 2 kem skala kecil tapi punyai pengaruh tertentu dalam UMNO NS...1) Kem Hassan Malek dan 2) Kem Shaziman Mansor.
Masing-masing berebut nak jadi MB NS jika UMNO masih lagi menang PRU 13 nanti walaupun rata-rata pengamat dan pengalaisa politik serta laporan kaji selidik menyatakan Negeri Sembilan antara salah satu negeri yang bakal tumbang ketangan Pakatan Rakyat.
Kem dan berpuak-puak dalam UMNO NS ini ditambah burukkan lagi dengan beberapa Ketua Bahagian UMNO yang secara terang dan jelas menentang Mat Hassan seperti Ketua UMNO Bahagian Seremban Ishak Ismail.
Inilah yang memeningkan kepala Najib Razak....Siapa jua yang diberikan amanah dan tanggung jawab mengemudi UMNO/BN NS pasti kena sabotaj...Tiada pilihan dan tidak mampu serta boleh dielakkan lagi.
Lihat saja dengan mata kepala sendiri jamuan yang dihebohkan "mega" anjuran MCA Pulau Pinang dengan tetamu VVIP tidak lain tidak bukan, Presidennya sendiri, Chua Soi Lek dikatakan cukup hambar.
Lebih banyak kerusi kosong dari yang ada penghuni.
Membuktikan kaum Tionghua di negeri Pulau Pinang khasnya dan seluruh Malaysia amnya sudah tolak MCA/BN secara total.
Jadi hebohan oleh Chua Soi lek baru-baru ini yang kaum Cina sudah mula kembali menyokong MCA/BN hanya satu penipuan semata-mata...Satu kisah sebagai penyedap telinga dan penyejuk jiwa yang tengah gundah dan gelabah panik.
Kepada para pe,mimpin BN, ini ucapan ikhlas lagi jujur dari rakyat.