LAPORAN KEPUTUSAN TERKINI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI GEORGETOWN DALAM NEGERI PULAU PINANG MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: 12B-120-2010 1.
PENGARAH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN PULAU PINANG
2.
KERAJAAN MALAYSIA …PERAYU-PERAYU OOI CHIENG SIM …RESPONDEN
CORUM: Y. Arif Dato’ Zaki Md Yasin Peguamcara Perayu: Mariam Hasanah bt Othman Peguamcara Responden: Encik Azhar bin Arman
PERKARA:
Perayu tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dan merayu atas keputusan tersebut. HUJAHAN PERAYU
1. Seksyen 10(3)(a) APJ 1987 tidak memperuntukkan tanggungjawab kepada Perayu Pertama untuk memeriksa sesebuah kenderaan yang hendak ditukar milik. 2. Hanya S 13 APJ yang menyentuh proses tukar milik dan S 12 pula memperuntukkan budi bicara Ketua Pengarah atau Pengarah JPJ untuk memeriksa sesebuah kenderaan sebelum ditukar milik. Ia bukan tugas mandatory seperti yang di dakwa. 3. Proses tukar milik pada masa material dilaksanakan berdasarkan Borang JPJK3 dan beberapa dokumen lain dan telah dilaksanakan mengikut tatacara yang ditetapkan. Tiada sebarang kecuaian telah berlaku. 4. Prinsip Common Law tidak terpakai sekiranya wujud undang-undang bertulis berkaitan perkara yang dituntut. 5. Kes Manoharan Doraisamy tidak terpakai kerana fakta kes adalah berbeza dan dalam kes tersebut tidak membincangkan tentang S 13 APJ. Kes ini juga tidak membincangkan elemen-elemen pecah tugas statutory . 6. Responden gagal memenuhi kesemua elemen –elemen pecah tugas statutory seperti yang telah digariskan dalam kes Hu Sepang. 7. Tiada keterangan menunjukkan gangguan terhadap nombor enjin dan chasis berlaku sebelum kenderaan ditukar milik ke atas nama Responden. 8. Responden gagal membuat sebarang carian dengan JPJ sebelum membeli kenderaan. 9. Tiada keterangan yang menyokong kerugian Responden selain keterangan beliau sahaja di Mahkamah. 10. Perayu-perayu tidak menerima sebarang jumlah dari harga belian kenderaan maka adalah tidak adil untuk Perayu membayar keseluruhan harga kenderaan tersebut. 11. Perjanjian jual beli kenderaan tersebut antara Responden dan Penjual telah terbatal dari awal kerana kegagalan Penjual memindahkan hakmilik sempurna kepada Responden.
HUJAHAN RESPONDEN:
Responden hanya bergantung kepada Seksyen 10 (3)(a) sahaja untuk mengatakan bahawa Perayu telah pecah tugas berhati-hati (duty of care) terhadap Responden.
TARIKH KEPUTUSAN: 25.11.2010
KEPUTUSAN: Rayuan Perayu ditolak dengan kos. ![](static/image/smiley/default/shy.gif)
|