马神英明神武,为民除害!
Wikipedia写的:
Pada tahun 1972, Tunku Mahmood didakwa menyerang dua orang lelaki dengan cokmar kerana memotong keretanya lalu disabitkan kesalahan pada tahun berikutnya.[60]
Setahun kemudian, timbulnya laporan yang menyatakan Tunku Mahmood Iskandar dan seorang pengawal peribadi menyerang sepasangan muda dengan bahan kimia dan cokmar setelah disinggung perasaan. Pada masa yang sama didakwa juga bahawa Tunku Mahmood merantai dua orang anggota polis dalam rumah anjing selama sehari kerana murka terhadap mereka.[61]
Lima tahun kemudian, Tunku Mahmood didakwa dan didapati bersalah atas sebab kematian seseorang[62] setelah menembak sampai mati seorang lelaki yang berhampiran helikopter peribadinya yang disangkanya seorang penyeludup. Walau apapun, ayahandanya Sultan Ismail campur tangan lalu memberikan pengampunan rasmi kepada Tunku Mahmood Iskandar.[63][64][65] Begitu juga, putera sulungnya, Tunku Ibrahim Ismail, disabitkan kesalahan menembak sampai mati seorang lelaki setelah bergaduh dalam kelab malam pada 1980-an, tetapi diampunkan serta-merta juga.[66]
Pada tahun 1987, Sultan Iskandar dituduh menyerang sampai mati seorang kedi golf di Cameron Highlands, berikutan insiden yang mana kedi itu tertawa apabila baginda tersasar satu lubang. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman mengulas bahawa Sultan (yang ketika ini menduduki takhta YDPA) tidak dapat dibuat tuduhan atas sebab kekebalan yang dikurniakan kepada raja-raja, namun pada masa yang sama beliau mengecam tindakan Sultan Iskandar itu.
Kesudahannya, kejadian tersebut dibiarkan tanpa meraih perhatian awam. Adik kepada kedi yang turut diserang hingga cedera, menjadi murung akibat apa yang disaksikannya, lantas dia bertindak mengamuk di Kuala Lumpur sehingga terpaksa dikuarantinkan dalam rumah sakit jiwa.[67][68]
|