TEORI MODEL DAN
JENIS INGATAN
PENGENALAN
Otak dan minda merupakan
anugerah Tuhan yang paling besar dan menakjubkan kepada
manusia. Tiada sesiapa pun
boleh menafikan peranan otak dan minda apatah lagi sekiranyaminda dapat
diperteguhkan dengan ingatan yang kuat dan segala maklumat yang tersimpan dapatdimanfaatkan
ketika diperlukan. Ini menunjukkan betapa pentingnya kemahiran mengekalkandaya
ingatan dipelajari supaya dapat diamalkan di peringkat mana sekalipun.
Otak
manusia adalah sangat unik:
•the
sleeping giant, the biological
supercomputer,
the greatest unexplored
territory
in the world’
dsb.
• Surah Ali-Imran ayat
190-191 –(menerangkan golongan yang mempunyai pemikiran yang bersih lagi
sempurna sehingga mampu memahami
hakikat sesuatu perkara
secara yg betul)
• Imam Al-Ghazali: Akal
ialah kekuatan pemikiran semula jadi yg dikurniakan Allah kpd manusia agar
dengannya manusia dapat mengenali
hakikat sesuatu perkara.a
DEFINISI ingatan
Ingatan merupakan proses
mental yang menyimpan perkara-perkara yang dipelajari dan kemudian
mengeluarkannya kembali selepas tindakbalas dalam situasi yang
diperlukan,seperti menyelesaikan masalah atau aktiviti pengajaran dan
pembelajaran selanjutnya.
Mengikut atan
long(1968),ingatan boleh diertikan sebagai kebolehan seseorang dalam penerimaan
dan rangsangan sebagai maklumat dan pengalaman untuk disimpan dalam otaknya.[1]
Fein(1978) mentafsirkan
ingatan sebagai pemprosesan maklumat yang diterima dalam otaknya,manyimpan dan
mengeluarkannya.[2]
Vermon (1980) berpendapat
ingatan merupakan bentuk menyimpan maklumat –maklumat yang bermakna untuk
menjadi pengalaman pada masa akan datang.[3]
Berdasarkan huraian dan
pengertian diatas maka dirumuskan bahawa ingatan merupakan proses kebolehan
manusia untuk menerima maklumat,memproses dan menyimpannya dalam otak,kemudian
mengeluarkannya ketika diperlukan.
Bermula dengan teori
perkembangan kognitif Piaget (1926 dalam Good & Brophy, 1990) teori ini
menerangkan bahawa skema (the internal knowledge structure) berkembang apabila
kanak-kanak berinteraksi dengan persekitarannya dan skema itu sentiasa
berkembang dan berubah kerana menyerap dan menyimpan maklumat baru. Gagne
(1985) pula menerangkan terdapat tiga peringkat pemprosesan maklumat, iaitu
daftar deria (sensory register) dalam ingatan aktif (working
memory, WM), ingatan jangka pendek (short-term
memory, STM) dan ingatan jangka panjang (long-term
memory, LTM). Maklumat baru yang dipelajari akan
didaftarkan dalam WM dan jika diperlukan buat sementara waktu, ia akan disimpan
dalam STM. Selepas digunakan beberapa kali, maklumat ini menjadi kekal dan
disimpan dalam LTM untuk tempoh masa yang lama. Apabila maklumat ini perlu
diingat kembali, ia akan diaktifkan semula dan dibawa ke WM untuk digunakan.
Menurut Gagne, maklumat
dalam minda sentiasa diproses dan diadaptasikan apabila maklumat baru diterima
dan proses ini dinamakan proses pembelajaran. Ausubel (1978) menyokong teori
pembelajaran ini melalui kajiannya yang mendapati bahawa jika pembelajaran itu
memberi kesan kepada pelajar, maka ia akan lebih mudah dipelajari, diingat dan
dihubungkaitkan dengan skema sedia ada, serta lebih kekal dalam ingatan. Bidang
kajian ini dinamakan Sains Kognitif.
TEORI MODEL INGATAN
1.TEORI
MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT (teori pembelajaran gagne)
Pemprosesan
maklumat bermaksud aktiviti mental manusia yang berkaitan dengan menerima
maklumat, menyimpan dan mengeluarkannya semula untuk digunakan (Woolfolk, 1998)[4].
Model memproses maklumat sama seperti model computer.
Robert
m gagne menghubungkaitkan proses pembelajaran dengan proses ingatan.didalam bukunya essential of learning for
instruction (1975) mengemukakan satu teori mengenai
bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam suatu proses pembelajaran.
Mengikut
teorinya,rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar,akan diterima dalam
system saraf melalui deria-deria manusia.maklumat itu akan ditafsirkan dalam
stor ingatan ini,kemudian dihantar kestor ingatan jangka panjang dan kepada
penggerak tindakbalas melalui system saraf.
Menurut M Gagne Didalam
stor ingatan jangka pendek,maklumat yang diterima akan dikodkan secara bermakna
dalam kerangka yang lebih mudah diingati iaitu dalam bentuk gambar mental atau
symbol bahasa ringkas berdasarkan jenis maklumat yang diterima.
Maklumat dalam ingatan
jangka panjang pula adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan
pengalaman-pengalaman baru,demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku
Mengikut M.gagne
pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah
penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru,demi
memudahkan peruses pembelajaran baru berlaku.berdasarkan kepada teorinya ,Gagne
kemudian mengenal pasti lapan proses pembelajaran.iaitu fasa motivasi,fasa
kefahaman,fasa penyimpanan,fasa penahanan,fasa ingatan kembali,fasa
generalisasi,fasa prestasi,dan fasa maklumbalas.
Daripada model teori proses
pembelajaran gagne dikaitkan disini dengan proses ingatan ialah dari fasa
ketiga hingga fasa kelima proses pembelajarannya [6] iaitudari fasa penyimpanan hingga
fasa mrngingat kembali.
FASA PENYIMPANAN(KOD
SIMPANAN AWAL)
Berlaku apabila seseorang
telah berjaya memilih rangsangan yang sesuai dan dapat mengaplikasikannya
dengan tepat , maka rangsangan itu akan dibawa kestor ingatan jangka
pendek.disitu rangsangan akan dikod dengan suatu cara yang ringkas,dan
tersendiri,seperti merekodkan isi penting dalam bentuk yang mudah disimpan.
FASA
PENAHANAN(STOR INGATAN)
Selepas rangsangan dipilih
dikodkan dalam stor ingatan jangka pendek,sebahagian atau keseluruhannya akan
disalurkan dan disimpan dalam stor ingatan jangka panjang.kod-kod yang disimpan
dalam ingatan jangka panjang akan ditransformasikan dan disusun semula dengan
satu system yang lebih kekal dalam ingatan dan lebih mudah dikeluarkan.fasa ini
dinamakan fasa penahanan , iaitu menyimpan maklumat, peristiwa atau pengalaman
yang diperolehi dengan cara yang sistematik.
FASA
MENGINGAT KEMBALI
Fasa mengingat kembali
merupakan tindakan mencari maklumat atau pengalaman yang telah disimpan dalam
stor ingatan jangka panjang. Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan
luaran ataupun melalui motif dalaman.Isyarat-isyarat dari rangsangan luaran
atau motif dalaman atau pengalaman yang diperolehi untuk menghasilkan
tindakbalas yang sempadan dengan isyarat rangsangan yang dihadapinya.misalnya
seorang murid berusaha mengingat kembali apa yang telah dipelajarinya untuk
menjawab soalan guru.sejauhmana kecepatan dan ketepatan maklumat yang disimpan
dalam stor ingatan jangka panjang supaya dapat diingat kembali bergantung
kepada system penyimpanannya.biasanya maklumat yang disusun secara sistematik
dan tepat boleh diingat kembali dengan lebih cepat dan lebih mudah.
Maka setelah kita lihat
teori pembelajaran Gagne ,ia telah menghubungkaitka proses pembelajaran dengan
proses ingatan.
mengikut teorinya
,rangsangan-rangsangan persekitaran luar akan diterima dalam system saraf
melalui deria-deria manusia.maklumat itu seterusnya ditafsirkan dalam stor
ingatan ,kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan kepada
penggerak tindakbalas melalui system saraf.
TEORI
PEMPROSESAN MAKLUMAT M GAGNE
Dalam bukunya essentials of
learning for instruction (1975),Robert M Gagne mengemukakan satu teori mengenai
bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam satu pembelajaran.dalam gambaraja
diatas menggambarkan teorinya.dan disingkap teorinya seperti mana dibawah.
i)
rakaman deria (sensory memory),
-rakaman deria merupakan
ingatan jangka pendek yang wujud pada deria manusia. Masa simpanan maklumat
ialah antara 1 hingga 3 saat. Jika maklumat ini tidak diproses, iaakan
hilang serta merta.menurut teori gagni maklumat diterima melalui perakam deria
visual,perakam deria hiduan,perakam deria rasa dan perakam deria
sentuhan.sperling(1960) dalam kajian memutuskan bahawa tempoh (duration)
perakam deria ialah ¼ hingga 1 saat.contoh apabila kita melihat flash,kamera
kita mengambil gambar,imej kekal sekejap.namun kapasiti perakam deria adalah
besar dan tidak terhad.
-pemindahan ke ingatan
jangka pendek berlaku apabila kita memberi perhatian kepada bahagian maklumat
yang disalurkan ke ingatan jangka pendekmelalui tumpuan terpilih.maklumat yang
pada asalnya tidak bermakna dikenal pasti berdasarkan pola-pola yang sedia ada
dan dipindah ke ingatan jangka pendek.
ii)ingatan
jangka pendek atau ingatan kerja (short-term/working memory)
(b)Ingatan Jangka
Pendek(stor term memory)
- stor memori ini juga
dikenali sebagai ingatan kerja(working memory).tempoh ingatan jangka pendek
ialah 10-20 saat jika butir maklumat tidak diulang.
-contoh:kawan kamu
memberikan nombor telefon dan mencari kertas untuk menulisnya kamu mengulang
nombor itu supaya tidak lupa.proses ini dipanggil ulangan berkekalan.(maintenance
rehearsal).jika kamu tidak ulang mombor itu,ia akan hilang dalam masa 10-20
saat
iii)
ingatan jangka panjang (long-term memory).
Ahli psikilogi menyifatkan
sisatan dalam ingatan jangka panjang memerlukan kajian dienkod,disimpan,diingat
kembali dan lupa .
Ahli psikilogi seperti
frued mancadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak lahir disimpan dalam
ingatan jangka panjang.ia jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa
yang berlaku pada hari pertama sekolah.ini bermakna maklumat tidak hilang
tetapi sukar diingat kembali.
Maklumat yang disimpan atau
mewakili ingatan jangka panjang boleh merupakan pengalaman beberapa minit yang
lalu,atau pengalaman berpuluh tahun yang lampau.
Ingatan jangka panjang
mempunyai kapasiti besar. Ia menyimpan maklumat lebih lama,iaitu lebih daripada
beberapa minit hingga ke beberapa tahun.
Ingatan jangka
panjang,dari segi kandungan boleh dibahagikan kepada 3:
i) ingatan episodic
ii) ingatan semantik
iii) ingatan prosedural:
•Ingatan episodik
Ingatan episodic adalah
ingatan tentang peristiwa yang dialami seseorang sepanjanghayatnya, lengkap dengan
masa dan tempat. Contohnya, mengingat peristiwa “jatuhbasikal”.
•Ingatan semantik
Ingatan semantik adalah
ingatan tentang “makna”, iaitu menyimpan konsep, fakta,hukum, skema atau imej.
Contohnya, mengingat makna “semantik”.
•Ingatan prosedural
Ingatan prosedural adalah
ingatan tentang bagaimana melakukan sesuatu,terutamanya yang melibatkan
aktiviti fizikal yang berurutan. Contohnya, mengingatbagaimana menaiki basikal,
sekiranya anda telah lama tidak menaiki basikal.
Prinsip-prinsip utama model
pemprosesan maklumat(menerusi model pembelajaran Robert M.Gagne):
i) andaian kapasiti terhad dan
sekatan kepada pengaliran maklumat
ii) pengaliran maklimat dua
hala
iii) kawalan eksekutif yang
mengawal dan menentukan pengekodan ,penyimpanan,mengigat kembali dan lupaan
iv) manusia disediakan secara
genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat
2
TEORI .MODEL PROSES INGATAN DAN LUPAAN
Menerusi teori model
INGATAN DAN LUPAAN ,ingatan bermaksud maklumat yang dapat disimpan dalam
ingatan jangka panjang.maklumat tersebut boleh dikeluarkan semula apabila
dikehendaki.proses yang terlibat dalam membentuk ‘ingatan’ ialah encoding,storage dan
retrieval.[8]
Encoding merujuk kepada
proses mendapatkan maklumat.storage ialah proses penyimpanan maklumat
,perubahan turut berlaku dalam system saraf yang membolehkan ianya membentuk memory trace.retrival pula merupakan
proses mengeluar dan mengguna maklumat.[9]
Model proses ingatan dan lupaan
ini lebih kompleks daripada model pemprosesan pembelajaran Robert M.Gagni
.model tersebut terdiri dari tiga peringkat yang utama.iaitu peringkat ingatan
jangka pendek,dan peringkat ingatan jangka panjang
PERINGKAT
PERTAMA:INGATAN SENSORI
Pada peringkat pertama ini
menjelaskan rangsangan dari persekitaran diterima dari organ deria manusia
melalui pengamatan dan pemerhatian.maklumat yang tidak penting diabaikan
.maklumat yang lebih penting dan sesuai dihantar keingatan jangka pendek.proses
ingatan sensori berlaku dalam masa yang amat ringkas,kira-kira ½ saat hingga 4
saat sahaja.
PERINGKAT
KEDUA:INGATAN JANGKA PENDEK
Setelah ingatan jangka
pendek menerima maklumat melalui ingatan sensori,ianya mengekod maklumat itu
dengan bentuk yang lebih mudah diingat,iaitu secara gambaran,bahasa atau
simbolik.maklumat yang dianggap tidak berguna atau terlalu rumit untuk
dikodkan,akan dihapuskan dalam bentuk lupaan.
Fungsi utama ingatan jangka
pendek ialah untuk menyimpan maklumat bagi beberapa saat sahaja.contohnya anda
menggunakan proses ingatan jangka pendek ini untuk mencongak hasil tambah.selain
itu digunakan untuk mengingat nombor telefon yang diambil dari buku panduan
telefon.maklumat ini akan berada didalam ingatan anda beberapa saat sahaja.
Maklumat yang boleh
dikodkan akan disimpan .simpanan boleh bertahan dalam masa kira-kira 15 saat
hingga 30 saat.adakalanya maklumat yang telah diperoses di imbas semula sebagai
memberikan tindakbalas pada keadaan yang diperlukan.contohnya seorang pelajar
diminta menjawab beberapa soalan guru selepas berakhirnya aktiviti
pembelajaran.
Menerusi ingatan jangka
pendek ini adakalanya berlaku proses lupaan.maklumat yang kurang penting dan
sukar dikodkan akan hilang dan dikenalpasti sebagai lupaan.ada sesetengah
maklumat juga boleh hilang kerana terdapat gangguan dalam proses ingatan jangka
pendek.
PERINGKAT
KETIGA:INGATAN JANGKA PANJANG.
Peringkat ini merupakan
peringkat yang akhir,maklumat baru disimpan dalam ingatan jangka pendek,buat
sementara waktu disimpan dalam ingatan jangka panjang .tujuannya adalah untuk
pemprosesan semula dan disimpan dalam jangka masa yang lebih lama ,sehinggalah
dipanggil semula sebagai menentukan adanya tindakbalas pada satu-satu situasi
yang diperlukan.
Sepertimana ingatan jangka
pendek,ingatan jangka panjang ini juga mengalami proses lupaan,dimana maklumat
yang usang dan tidak diperlukan akan lenyap dan hilang.ini bersangkut paut juga
dengan gangguan,yang menjadikanya sedemikian.
ingatan jangka panjang
adalah kurang aktif berbanding dengan ingatan jangka pendek.walaubagaimanapun
dalam ingatan jangka panjang ,penyusunan maklumat juga berlaku.apabila
seseorang individu memperoleh bahan serta pengetahuan baru, ia akan
dibandingkan dengan bahan yang lama.oleh itu ,penyusunan semula bahan yang
berlaku dalam ingatan jangka panjang dari semasa ke semasa.
PERINGKAT
KEEMPAT: LUPAAN
Peringkat ini lah yang
membezakan teori ingatn gagne.manusia akan melalui peringkat lupaan.ianya
bertentangan secara songsang dengan ingatan.apa sahaja maklumat yang telah
diterima dalam stor ingatan tetapi tidak dapat diingat,akan dilenyapkan dalam
proses lupaan.
Menurut
erikson(1963),lupaan merupakan satu motif dimana maklumat yang tertentu sengaja
dilupai,kerana dianggap tidak penting.kurang seronok dan tidak berguna,
berdasarkan kesedaran mental seseorang.
TEORI
FILTER BOARDBENT’S
I) Ingatan Jangka Pendek
dan Analisis Makna
II) Ingatan Jangka Panjang
Bagi Broadbent’s, apa yang
kita panggil sebagai ingatan jangka pendek adalah suatu kapasiti saluran yang
terhad, cuma menerima jumlah maklumat terhad dalam masa tertentu tanpa
berlebihan. Dalam ingatan jangka pendek ini, seandainya maklumat itu bermakna,
maka maklumat akan beralih melalui saluran itu kepada sistem yang member makna
dalam ingatan jangka panjang. Jelasnya di sini, teori Penumpuan Perkongsian
Masa membuktikan tentang wujudnya sistem persepsi manusia yang terhad, yang
hanya berupaya untuk meletakkan satu input bermakna dalam satu masa dan
menekankan konsep perkongsian masa. Input rangsangan boleh mengekori secara
pantas apabila penumpuan beralih dari segi kandungan atau isi input.Agak jelas,
tidak semua rangsangan yang didaftarkan oleh organ deria manusia mendapat
perhatian. Kebanyakan daripadanya berlalu tanpa disedari langsungl. Ini kerana
pada asasnya, manusia tidak mempunyai keupayaan menerima, memahami datau
menganalisis kesemua rangsangan. Satu daripada cara manusia menghadapinya ialah
dengan memilih secara selektif rangsangan-rangsangan yang mungkin dapat member
makna dalam hidup, yang membolehkan ia mempelajari sesuatu dan akan memberi
satu pengalaman yang berlainan daripada biasa. Manusia hanya memberikan
penumpuan yang terpilih kepada sesetengah rangsangan / input sahaja.
Model
connectionest
Model connectionist
dihasilkan oleh Rumelhart & McClelland 1986.ahli teori ini menegaskan
maklumat disimpan dalam minda dalam bentuk jaringan yang berhubungan
dan bukan dalam bentuk satu system peraturan atau terpisah diantara satu sama
lain.
Contohnya:
Seorang kanak-kanak ingin
ingin menggunakan perkataan ‘went’ sebab biasa mendengar ibu bapanya dan orang
lain menggunakannya.kemudian kanak-kanak itu belajar yang perkataan bagi
perbuatan yang berlaku semalam perlu ditambah “ed”.kesan pengetahuan tersebut
kanak-kanak cuba mengaitkan perkataan lain dengan “ed”.contohnya go kepada
goed.setelah lama berlalu jaringan maklumat kanak-kanak itu lebih kompleks dan
menyedari goed tidak sesuai digunakan sebab orang lain tidak menggunakan.ini
bermakna melalui pengalaman ,kanak-kanak dapat menguatkan jaringan antara
maklumat berguna dan membuang makluman yang lemah.[12]
Model Atkinson-shiffrin
Model atkinson –shifffin
diketegorikan sebagai “parralled distributed processing.model (PDP).maksudnya
maklumat akan diperoses serentak dalam ketiga bahagian memori .model ini
ditahap metafora dan cuba menjelaskan tentang
memori.model ini menggunakan jaringan neuron dalam otak sebagai metafora
jaringan ingatan.
Contohnya bila kita membaca
sesuatu,kita tidak melihat kepada tiap-tiap huruf ,menyambungnya menjadi
perkataandan makna.kemudian menghantarnya keperingkat ingatan jangka pendek dan
seterusnya keperingkat ingatan jangka panjang.sebaliknya ahli-ahli teori model
ini berpendapat,bila kit abaca sesuatu,maklumat diperoses serentak oleh
tiap-tiap bahagian ingatankita akan menggunakan persepsi cuba enkod dibahagian
ingatan jangka pendek dan mengguna maklumat ini dari ingatan
jangka panjang untuk menafsir apa yang dibaca.ahli teori lain yang menggunakan
model yang sama ialah lewandiowsky dan Murdock.[13]
JENIS-JENIS
INGATAN
Berdasarkan proses ingatan
yang berlaku pada kebanyakan teori maka disimpulkan ingatan ini dapat
dibahagikan kepada beberapa jenis.ianya dikategorikan sebagai ingatan
sensori,ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.
(a)Ingatan Deria(sensori)
Ingatan sensori lebih
dikenali sebagai ingatan deria.ini kerana ianya lebih kepada fungsi-fungsi
penderiaan ,juga disebut rakaman deria.tahap masa bagi proses ingatan sensori
ini adalah sangat singkat,biasanya hanya akan berlaku dalam jangkamasa beberapa
saat sahaja.keadaan ini terkjadi kerana rangsangan yang diterima dari organ
deria,tidak akan kekal lama,tetapi dihantar ke stor ingatan jangka pendek
hamper dengan serta merta.
Sekiranya maklumat yang
diterima dianggap kurang penting contohnya sesuatu yang dilihat sepintas
lalu,semasa dalam perjalanan,rakaman derianya beserta dengan ingatan jangka
pendek akan hilang imejnya dalam masa beberapa saat sebagai lupaan.
(b)Ingatan Jangka
Pendek(stor term memory)
Fungsi ingatan jangka
pendek ini ialah menerima maklumat dari rakaman deria atau sensori untuk
diperoses buat sementara waktu sahaja.iaitu kira-kira dalam masa beberapa saat
sahaja.tempoh yang singkat ini digunakan untuk memerhati dan mengiktiraf
maklumat yang berguna.ianya dikodkan dalam maklumat yang lebih dikenali dan
lebih diingat.dan kemudian dihantar kestor ingatan jangka panjang.dan maklumat
yang kurang penting dihapuskan dan melalui proses lupaan.
Contohnya dalam proses
pembelajaran ,segala aktiviti penyampaian guru yang diterima dalam ingatan
sensori bukan semuanya akan diiktiraf dalam ingatan jangka pendek.kadang kala
maklumat itu sempat sampai ke ingatan jangka panjang ,tetapi harus dipanggil
semula serta merta.misalnya menjawab soalan guru selepas pengajarannya.
Kapasiti ingatan jangka
pendek adalah kecil. Maklumat diproses, ditapis, disusun atau disintesis untuk
dihantar kestor ingatan jangka panjang untuk disimpan. Menurut miller (1956)
ialah 7+2 (7 campur- tolak 2) chunks dan kemudian dicadangkan oleh simon(1974) sebagai
5+2(5 campur-tolak 2)chunks.[14]
Sesuatu chunks tidak
mempunyai unit tertentu dan boleh merupakan satu huruf/angka.satu
perkataan,satu ayat atau pun satu perenggan.tertakluk kepada seseorang
menyimpan butir maklumat dan oleh itu berbeza antara individu.kita mencari
maklumat dan oleh itu berbeza antara individu.kita mencari maklumat daripada
ingatan jangka pendek secara scanning bersiri(satu demi satu) atau scanning
selari(serentak) [15]
(c)Ingatan Jangka Panjang
(long term memory)
Fungsi utama ingatan jangka
panjang ialah menerima dan memproses maklumat yang diekodkan .maklumat secara
kasar daripada ingatan jangka pendek disimpan lebih lama didalam ingatan jangka
panjang untuk disimpan dalam jangkamasa yang lebih lama ,mungkin beberapa minit
hingga bertahun-tahun.oleh yang demikian maklumat yang dicerap akan diperoses
semula dan dipindahkan kepada satu system yang lebih kerap dan dan lebih
sistematik serta sempurna.umpama dalam bentuk system fail yang dibahagikan
mengikut jenis dan kategori supaya mudah disimpan dam mudah dikeluarkan.
Ingatan jangka panjang
biasanya dibahagikan kepada lima kategori,seperti yang
berikut.
i) ingatan
intelektual
ingatan intelektual adalah
berkaitan dengan konsep ,pengertian,prinsip,hukum dan maklumat-maklumat
berbentuk abstrak.
ii)ingatan logik
ingatan logic pula
berkaitan dengan maklumat rasional yang didapati melalui proses menaakul.
iii)ingatan hafazan
ingatan hafazan berkaitan
maklumat yang tidak diperoses tetapi disimpan dalam ingatan jangka panjang dan
akan dikeluarkan semula tanpa sebarang perubahan contohnya menghafaz nama-nama
Allah.
iv)ingatan episodic
ingatan episodic pula
berkaitan dengan pengalaman dan peristiwa, khasnya yang berlaku dalam tempoh
masa ,tarikh dan tempat yang berkenaan.
v)ingatan semantic
ingatan semantic iaitu
ingatan yang berkaitan dengan maklumat untuk digunakan membuat kesimpulan dan
rumusan ,membentuk generalisasi,prinsip,hokum dan rumus.
Maklumat yang diterima
dalam ingatan jangka panjang adalah berasaskan maklumat dari maklumat dari
ingatan jangka pendek.kebanyakan maklumat yang diterima dalam ingatan jangka
pendek biasanya terdiri daripada ingatan kali pertama.untuk memindahkan
maklumat itu dengan lebih sempurna,dan lebih kekal dalam ingatan jangka panjang
.kerapkali membuat latihan ulangan adalah lebih baik.disamping itu cara latihan
hendaklah betul dan isi maklumat hendaklah berpatutan,khasnya dalam
pembelajaran kali pertama.
Empat
proses utama terlibat dalam model proses ingatan[16]
1) pengekodan(encoding)
proses
ini menentukan bagaimana maklumat didekod dan diletakan dalam perakam
deria,ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.pada peringkat ini otak
mengubah input deria menerusi kod-kod yang boleh diperoses dan dirakam.
2) penyimpanan
proses
yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam ketiga-tiga stor
memori.bentuk kod juga disimpan dengan teratur supaya mudah diingat.
3) mengingat
kembali(retrieval)
proses
yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada ingatan jangka pendek dan jangka
panjang.melalui proses ini pengalaman adalah paling bermakna ,maklumat
dipanggil semula supaya masalah dapat diselesaikan.
Jenis-jenis kod[17]
Terdapat
dua kod dalam dalam proses ingatan iaitu:
i)kod
imaging
gambaran mental disimpan
dalam otak(rangka gambar)
ii)kod simbolik
maklumat disimpan dalam
unit yang lebih kecil(rangka bahasa)
Ciri
Kemasukan maklumat
Ingatan Deria
Pra-perhatian Tidak boleh
Besar Tidak digunakan1 hingga 3 saat
Ingatan JangkaanPendek
Perlukan perhatianPerhatian
berterusan/ulanganKecil. Gangguanyang terlalu banyak- menyebabkan maklumat
Usang5 hingga 20 saat secara automatic.
Ingatan JangkaPanjang
Perlukan
pengulanganUlangan/ Latih-tubi/PenyusunanTiada had- Mungkin tiada- Gangguan-
UsangBeberapa minit hinggabeberapa tahunPerlu proses mencari.
*pengekodan maklumat dalam
ingatan jangka panjang
Maklumat akan dikenalpasti terlebih
dahulu dan kemudian didekod.contohnya bila telah dikenal pasti perkataan’
rumah’.bagaimanakah ia didekod.adakah akan didekod sebagai r_u_m_a_h? ini
mungkin dilakukan oleh individu yang tidak tahu bahasa melayu? Bagaimanakah
orang yang tahu bahasa melayu,mengekod perkataan rumah?
Berbagai ekspiremen telah
dijalankan untuk mengkaji bagaimana manusia mengekod maklumat yang diterima.salah satu
sebab lupaan berlaku ialahh kerana maklumat itu tidak dienkod dengan baik dan
berkesan.walaupun maklumat itu berada dalam ingatan jangka pendek,selagi kita
tidak melakukan sesuatu seperti pengulangan elaborasi(elaborativ
rehearsal).maklumat itu tidak akan dipindahkan ke ingatan jangka panjang.
Kajian menunjukan bahawa
individu yang mengekod maklumat pada peringkat MAKSUD (meaning level) berjaya
memindahkan maklumat itu keingatan jangka panjang dengan lebih berkesan dan
seterusnya membantu proses mengingat kembali maklumat
berkenaan.ini terbukti dengan eksperimen yang dijalankan oleh
Craik&Lockhart pada 1972.
Craik&Lockhart (1972)
mengkaji 3 kumpulan pelajar yang diberikan satu senarai perkataan,semasa mereka
belajar.lihat urutan berikut:
*kumpulan 1 diminta
menentukan perkataan-perkataan yang bermula dengan huruf besar.misalnya
(House,Telefon,Car)
*kumpulan 2 diminta memberi
rhyme bagi perkataan yang disenaraikan.
-house
-mouse
-car
-bar
*kumpulan 3 diminta
mengaitkan setiap perkataan dengan suatu peristiwa yang telah dialami.
*kumpulan manakah yang
berjaya mengingat lebih banyak perkataan?jawapanyan ialah kumpulan 3.MENGAPA?
Menurut Craik&Lokhart
ini ialah kerana pelajar dalam kumpulan 3 telah memberi maksud yang mendalam
kepada perkataan semasa mereka mengekod perkataan-perkataan berkenaan.lebih
mendalam maklumat dienkod (deep processing) ,lebih berkesan proses mengingat
kembali maklumat berkenaan .teori yang diutarakan dipanggil ‘TEORI PERINGKAT
PEMPROSESAN’(level of processing theory). Selain mengekod maklumat dengan
memberi MAKNA atau MAKSUD sama penting ialah individu mengekod dengamn memvberi
klu-klu yang sesuai.maklumat dapat dan mudah diingat kembali terletak kepad
bagaimana butir maklumat itu disimpan dan sejauhmana kesesuaian klu tersebut.
PERBEZAAN
TIGA TAHAP INGATAN
Ciri/
sifat |
Ingatan
deria |
Memori
jangka pendek |
Memori
jangka panjang |
Kemasukan
maklumat |
Pra-Perhatian |
Perlukan
perhatian |
Perlukan
pengulangan |
Pengekalan
maklumat |
Tidak
boleh |
Perhatian
berterusa atau ulangan |
Ulangan/latih
tubi/penyusunan |
kapasiti |
besar |
kecil |
Tiada
had |
Kehilangan
maklumat |
Tidak
digunakan |
-gangguan -terlalu
banyak -usang |
-mungkin
tiada -gangguan -usang |
Lama
memori |
¼
saat hingga 2 saat |
Hingga
30 saat |
Daripada
1 minit hingga tahun |
Mengingat
semula |
|
otomatis |
Perlu
proses mencari |
FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI INGATAN
1.faktor
bahan pembelajaran.
a) panjang bahan
pembelajaran
Mengikut kajian
H.Ebbinghaus,beliau mendapati pembelajaran suku kata yang tidak melebihi 7
bilangannya ,biasanya boleh mengingatinya selepas membaca sekali.sekiranya
ditambah sehingga 12 sukukata,maka diperlukan membcanya 17 kali sebelum
mengingatinya.dan jika ditambah 16 sukukata,ia diperlukan membaca 30
kali,barulah boleh mengingatinya.kingsley(1957) berpendapat bilangan tambahan
kali membaca yang diperlukan untuk mengingat sesuatu adalah banyak kali
melebihi kuantiti tambahan panjang bahan pembelajaran.
b) kesukaran bahan
pembelajaran
tentang kesukaran bahan
pembelajaran ,kruger(1946) ,dalam kajiannya,mendapati bahan pembelajaran yang
terlalu mudah,kemajuan dalam peringkat awal bergerak dengan sangat cepat,
tetapi juga cepat bilang dari ingatan.ini kerana bahan pembelajaran yang kurang
mencabar ,minat pembelajaran tidak dapat ditimbulkan,oleh itu ingatan nya tidak
dapat bertahan lama.bagi bahan pelajaran yang terlalu sukar ,tidak ada kemajuan
langsung kerana kekurangan keupayaan untuk mempelajarinya.bagi bahan
pembelajaran yang berpatutan , iaitu kesukarannnya boleh diatasi dengan usaha
yang bersungguh-sungguh , kemajuannya boleh dikekalkan secara terus menerus.
c)kedudukan bahan
pembelajaran
kingsley(1975), dalam
kajian mengenai set-set sukukata,dan perkataan tunggal yang disenaraikan
mengikut susunansecara tertib,mendapati suku kata dan perkataan yang terletak
di tempat awal,dan tempat akhir adalah lebih mmudah diingat,daripada sukukata
yang diletakkan di pertengahan,khasnya bagi ingatan set suku kata yang tidak
bermakna.
Misalnya , kita lebih mudah
mengingat peristiwa yang berlaku pada hari tahuin baru dan akhir tahun.
c)bahan pembelajaran yang
bermakna
kajian kingsley pada ttahap
ini pula,menunjukan pembelajaran perkataan –perkataan yang bermakna adalah
lebih mudah daripada sukukata yang tidak bermakna.
1) faktor kaedah pembelajaran
a) masa belajar secara
bahagian
space practice adalah lebih
berkesan dari belajar sekali gus.(massed practice).dalam kajian done dan
hilgard (1937),calon ujian dibahagikan kepada empat kumpulan seperti berikut:
Kumpulan A |
Belajar satu minit,rehat
satu minit |
Kumpulan B |
Belajar dua minit , rehat
tiga minit |
Kumpulan C |
Belajar satu minit,rehat
sebelas minit |
Kumpulan D |
Belajar tiga minit, rehat
satu minit |
Hasil kajian menunjukkan
cara pembelajaran kumpulan C adalah terbaik diikuti kumpulanB,kumpulan A dan
akhir sekali kumpulan D.ini menunjukan belajar secara bahagian adalah lebih
praktikal dan mudah diingati.
b) pembelajaran berlebihan
(over learning) ,dalam
beberapa kajian menunjukan bahawa peningkatan pembelajaran 50% adalah
berkesan,tetapi sekiranya ditambah sehingga 100% maka keberkesanan pembelajaran
turut akan berkurangan.
2.faktor peribadi
a) faktor umur
ramai orang percaya bahawa
peringkat kanak-kanak lebih berkesan pembelajarannya,tetapi kajian telah
menunjukkan bahawa pembelajaran terkuat kesannya ketika umur 8 hingga 20 tahun.
PERINGKAT UMUR |
KEBERKESANAN |
8 hingga 20 tahun |
Kemajuan terbaik |
20 hingga 25 tahun |
Kemajuan dilambatkan |
Sehinnga 35 tahun |
Kebolehan menurun, |
Sehingga 42 tahun |
Kemuncak penurunan |
50 tahun |
Seperti kebolehan
berusia 15 tahun |
70 tahun |
Kebolehan belajar serupa
kanak-kanak 10 tahun |
*kajian thorndike (1982)
b) faktor jantina
keupayaan mengingat bagi
lelaki dan perempuan tidak banyak berbeza menurut kajian kingsley(1957)
FAKTOR-FAKTOR
YANG MENJEJASKAN INGATAN
Kemampuan manusia untuk
mengingat sesuatu dan menggunakannya semula
adalah terhad.Walau bagaimanapun, lupaan yang berlaku pada
manusia tidak semestinya sesuatu yang buruk.Sekiranya kita tidak lupa, minda
kita akan bertaburan dengan banyak benda-benda tidak pentingyang mungkin
menyebabkan kita tidak mungkin untuk membuat pemilihan maklumat yangberguna dan
berkaitan kepada kita yang kita perlukan dalam membuat sesuatu keputusan.
Olehitu, kita tidak ingin membuat minda kita bertaburan dengan perkara-perkara
tidak penting. Lupaperkara yang tidak penting boleh membantukita ingat perkara
yang penting. Caranya sudah tentuialah berupaya lupa perkara yang tidak penting
dan bukan yang penting.
Seperti yang kita ketahui,
lupaan adalah lebih mudah dan senang berlaku berbanding
untuk mengingat.Ini berlaku
kerana untuk lupa, kita hanya perlu gagal dalam salah satudaripadatiga
peringkat ingatan iaitu peringkat rakaman, menyimpan dan mengingatkembali.
Manakalauntuk mengingat, kita perlu berjaya dalam ketiga-tiga peringkat
tersebut. Boleh dikatakanpeluang untuk mengingat ialah satu manakala peluang
untuk lupa ialah tiga. Berikut merupakanfaktor-faktor yang menyebabkan
terjadinya ingatan terjejas dan lupaan berlaku.
1)
Kepudaran atau Keusangan
Dengan berlalunya masa,
kepudaran atau keusangan berlaku pada ingatan. Inimenyebabkan hilangnya kesan
ingatan (memory trace). Ini bermakna makin lama
tempoh masa antara masa pembelajaran dengan masa bahan itu diingat kembali,
makin kabur maklumat atau bahan pembelajaran itu sehingga pudar dan luput
daripada simpanan ingatan jangka panjang. Faktor ini merupakan penjelasan
tentang ingatan yang paling lama dan paling luas digunakan.
2)
Represi
Penjelasan fakor ini telah
dicadangkan oleh Sigmund Frued dalam teorinya yang berkenaan dengan minda bawah
sedar. Menurut beliau, ingatan-ingatan yang tidak gembira atau tidak ingin
diterima boleh dilupakan dengan sengaja sekiranya kita berniat berbuat
demikian. Ingatan –ingatan tersebut dimasukkan ke dalam minda bawah sedar
dengan sengaja supaya seseorang individu tidak perlu lagi hidup bersama
dengannya. Walau bagaimanapun sebahagian daripada perkara dalam Teori Frued
tidak diterima secara meluas, tetapi ramai ahli psikologi percaya bahawa lupaan
yang bermotivasi tersebut boleh berlaku dalam kehidupan seharian kita. Apabila
kita balik daripada percutian, kita selalu akan ingin mengingat waktu-waktu
yang gembira
semasa percutian tersebut
dan lupa waktu-waktu yang sedih dan tidak seronok. Orang yang berjudi juga
berkecenderungan untuk ingat waktu-waktu yang dia menang dan lupa waktu-waktu
yang dia kalah. Ini boleh jelas menunjukkan bahawa kita dengan sengaja lupa
kerana kita mahu untuk lupa.
3
)Penyelewengan
Ingatan manusia boleh
dipengaruhi oleh nilai-nilai dan minat-minat kita. Oleh itu, kita boleh
mengingat sesuatu dalam cara yang kita mahu mengingatinya. Faktor ini
menjelaskan bahawa kita menukar ingatan kita untuk sesuai dengan apa yang kita
mahu ia jadi atau bagaimana kita rasa ia sepatutnya jadi. Faktor ini boleh
didemontrasikan seperti contoh berikut. Cuba baca perkataan-perkataan
berikut dengan kuat: katil, rehat, bangun, letih, mimpi, malam, selesa,
dengkuran dan makan. Sekarang tanya orang yang mendengar perkataan-perkataan
tersebut untuk menyenaraikannya sebanyak mungkin yang dia boleh ingat.
Biasanya, sekurangkurangnya separuh daripada senarai perkataan-perkataan
tersebut melibatkan perkataan TIDUR.
Ini kerana banyak
perkataan-perkataan tersebut adalah berkaitan dengan tidur. Oleh itu,
nampaknya macam perkataan
“tidur” patut berada dalam senarai tersebut.
“Distortion” boleh
diaplikasikan secara menarik dalam situasi penyiasatan kesahan dan
kebolehpercayaan maklumat
yang diberi oleh saksi dalam mahkamah. Contohnya dengan
menanya soalan pembawaan,
penanya tersebut boleh menyebabkan saksi untuk “ingat” sesuatu
peristiwa yang sebenarnya
tidak berlaku. Contohnya soalan seperti “Apakah warna jaket
mangsa?” boleh menyebabkan
saksi untuk ingat jaket yang tidak wujud sebenarnya.
4)
Gangguan
Banyak lupaan berlaku
adalah kerana gangguan melalui pembelajaran yang lain. Ia tidak
membayangkan kapasiti
simpanan ingatan yang terhad di mana maklumat baru yang diterima akan menolak
maklumat lama keluar daripada minda. Ia tidak berkaitan dengan Jumlah yang
telah kita pelajari tetapi Apa yang kita belajar yang menentukan berlakunya
lupaan melalui gangguan.
Ingatan
Tidak Disimpan
Ingatan tidak disimpan
boleh berlaku atas beberapa sebab, iaitu:
a)Perkara yang kita ingin
ingat tidak memberi masa yang cukup kepada kita untuk menyerapnya
b)Masa diberi dengan cukup
kepada kita untuk menyerapnya tetapi kita tidak notisnya atau pedulinya
c) Masa diberi dengan cukup
tetapi tidak meletakkan perhatian yang cukup untuk
memastikannya dipindah ke
ingatan jangka panjang.
d) Tekanan
Ahli pakar ingatan, Arthur
Bornstein telah mengkategorikan tekanan yang tinggi sebagai musuh pertama
kepada ingatan yang baik. Menurut beliau, respons-respons tradisional atau
biasa yang dilakukan oleh orang ramai untuk menghadapi stres seperti minum minuman
alkohol dan merokok boleh membawa kesan buruk kepada ingatan dan menyusahkan
lagi kita untuk mencapai matlamat. Oleh itu, beliau mengajar kliennya untuk
menghilangkan stres melalui meditasi, sesi yoga dan senaman supaya tidak
merosakkan ingatan manusia.
KAEDAH-KAEDAH
MEMPERBAIKI INGATAN
Ingatan seperti kuasa-kuasa
intelek yang lain boleh diperbaiki dan dipertingkatkan keberkesanannya. Menurut
Doubleday (1979), peluang kita untuk menjadi orang tua yang pelupa adalah
rendah jika kita sentiasa membiarkan minda kita menerima cabaran dan menjaganya
dengan baik melalui nutrisi yang baik dan rehat yang cukup. Bruno Furst pula
membuat satu analogi dengan menggunakan keadaan penghasilan otot-otot iaitu
“Sekiranya kita sedar bahawa ingatan boleh diperbaiki seperti otot-otot, kita
juga mesti terima hakikat bahawa keberkesanan ingatan akan menurun seperti
otot-otot jika tidak digunakan dengan sesuai. Secara ringkasnya, prinsip utama
bagi ingatan adalah mudah, iaitu: “Gunakannya sentiasa, jika tidak ia akan
menjadi karat.” Berikut merupakan beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk
memperbaiki ingatan kita.
1 Teknik “Chunking”
2 Teknik Gabungan Huruf
Pertama
3 Teknik Penggunaan Daya
Imaginasi
4 Teknik Membuat Peta Minda
5 Teknik PQRST (Preview, Question, Read,
Self Recitation dan Test)
6 Tidur Selepas
Pembelajaran Baru Berlaku
CARA-CARA MENINGKATKAN DAYA
INGATAN ATAU
MENGURANGKAN LUPAAN
1) Mengajar dengan menggunakan
bahan pembelajaran yang bermakna supaya lebih mudah diingati oleh pelajar.guru
boleh mengaitkan bahan pembelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada serta
gunakan alat Bantu mengajar yang sesuai untuk meningkatkan kefahaman mereka.
2) Mengajar dengan menggunakan
panjang bahan pembelajaran yang berpatutan dan memberi masa yang cukup untuk
mengekalkannya, dalam ingatan dengan aktiviti sokongan sebelum bahan
pembelajaran baru diperkenalkan.
3) Mengajar secara menarik
untuk menangkap perjhatian pelajar.gunakan teknik motivasi yang sesuai supaya
pelajar merasa seronok semasa pembelajaran.menggalak kanpelajar dengan memberi
ganjaran dan elakkan hukuman yang akan membunuh semangat pelajar serta
mengurangkan daya ingatannya.
4) Rancangkan bahan
pembelajaran yang tidak terlalu sukar atau terlalu mudah.pembelajaran yang
memerlukan teknik hafazan misalnya 20 sifat wajib bagi
Allah,hendaklah dipecahkan kepada beberapa bahagian.
5) Membentuk iklim
pembelajaran yang kondusif.emosi pelajar akan lebih tenteram .emosi pelajar yang cemas
akan mengurangakan keberkesanan ,seterusnya mengurangkan kuantiti ingatan.
6) Gunakan kaedah
nemonik.iaitu mengorganisasikan fakta .contoh:
RUKUN
HAJI
1)niat
2)wukuf
3)tawaf
4)saie
5)
bercukur
6)tertib
Diorganisasikan
menjadi:
Ni
waw tapi saya cuba terai
7) menarik minat pelajar
dengan menggunakan pen penyerlah.
8) Memberi cukup ulangkaji
untuk meningkatkan ingatan.
9) Mengajar dengan carta dan
gambarajah.
KESIMPULAN
Ingatan merupakan suatu
anugerah yang sangat penting kepada manusia. Tanpa ingatan, kehidupan kita akan
terdiri daripada pengalaman-pengalaman yang sebentar atau sedetik sahaja yang
mempunyai perhubungan yang sikit di antara satu sama lain. Tanpa ingatan, kita
tidak dapat berkomunikasi dengan orang lain-kita akan tidak mampu ingat
idea-idea yang kita ingin meluahkan. Tanpa keraguan, ingatan adalah pusat
kepada kita untuk menjadi seorang manusia. Memandangkan kepentingan ingatan
kepada manusia, kita perlu mengetahui faktorfaktor yang menjejaskan ingatan dan
kaedah-kaedah untuk memperbaikinya. Ini supaya daya ingatan kita adalah kuat
dan boleh dimanfaatkan ketika diperlukan. Dengan itu, proses pembelajaran yang berlaku
pada kita juga akan lebih berjaya dicapai.
[1] Ruj.psikologi pendidikan (mook soon sang
,halaman 123)
[2] ibid
[3] ibid
[4] Opcit,,halaman 124
[5] Psikologi pendidikan,azizi yahya,shahrin
hashim,halaman 149
[6] Opcit,halaman 149
[7] Psikologi pendidikan,azizi yahya,shahrin
hashim ,halaman 147
[8] Melton,1963,buku roediger halaman 262
[9] Psikologi pendidikan Mahani Jantan,edisi
revisi,halaman 116
[10] Psikologi pendidikan,mok soon sang semester 2
,halaman 125
[11] Psikologi pendidikan ,mok soon sang,halaman
125
[12] Bereiter ,salvin,1997
[13] Slavin,1989,1997 halaman 197
[14] Laman internet
[15] Ibid,laman internat
[16] Panduan ulangkaji ilmu pendidikan,dr Ragbir
Kaur a/p joginder singh,halaman 144
[17] Ibid,panduan ulangkaji ilmu pendidikan
ADVERTISEMENT