Semoga tuan/puan dalam keadaan sihat dan sejahtera. Perkara di atas adalah dirujuk dengan segala hormatnya.
Dengan segala hormatnya sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan mengadakan Majlis Mesra Majikan yang bertujuan untuk menggalakkan semua majikan yang berdaftar di bawah PERKESO untuk mendaftar dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) disamping memberi penerangan kepada syarikat berkaitan rebat zakat antara LZS dan LHDN.
Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati menjemput tuan/puan untuk sama- sama menyertai program tersebut seperti mana butiran berikut: -
Tarikh : 8 Disember 2021 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi – 1.00 petang
Aturcara Majlis : (sila rujuk lampiran)
Platfom : Zoom (Pautan akan diberikan kemudian)
|